Saturday, March 29, 2014

TATACARA SOLAT SUNAT TASBIH


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

.
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas binMuththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.

Caranya;

.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-’a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk - 10 kali tasbih
    • Iktidal - 10 kali tasbih
    • Sujud pertama - 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
    • Sujud kedua - 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;





Wednesday, March 26, 2014

SEMUANYA PERTAMA KALI




Masa aku belek-belek folder gambar time aku diploma di UiTM dulu ( sekitar 2004-2007) kat komputer aku, maka ternampaklah satu gambar yang aku rasa amat bermakna..Muda tak muka aku kat atas ni? Ho.ho. Masa ni umur aku 19 tahun ( 2005). Untuk makluman jugak, gambar kat atas inilah merupakan gambar first yang aku dan awek aku ketika itu ( sekarang dah jadi isteri dah.). Masa ni baru beberapa bulan kitaorang couple..Ade cerita di sebalik gambar ni. Masa tu kitaorang pergi dating kat Terminal One Seremban. First dating kitaorng memang janggal giler aku rasa.Masing-masing diam..Time makan memang tak bercakap langsung.. Malu la kununnyer.. Lepas makan kitaorang dulu kat kerusi yang diletakkan di ruang legar pejalan kaki. Beberapa minit kitaorang duduk, datanglah seorang brader ni lalu berkata 

" maaf dik, kerusi ni untuk dijual" (sambil tangannya menunjukkan kedai perabot di depan kami)

Ceh.. rupanya kitaorng duduk kat depan kedai perabot..Macm mana la tak perasan..ha,ha.

Masa tu ramai orang disekeliling kami..Dek kerana malu punya pasal..aku dan bini aku pun buat muka selamba amik gambar dulu sebelum kitaorang blah dari tempat tu..Nak berlagak tenang kot..he.he

Jadi terhasilah gambar tersebut yang diambil dengan menggunakan Handphone Nokia 3200 

Nokia 3200 ( Tahun 2005 dengan harga aku beli RM 500)


So, gambar pertama kitaorang dah berusia hampir 9 tahun dah..Memang betul kata orang, benda yang pertama kali akan dikenang sampi bila-bila...




Tuesday, March 25, 2014

HARI POLIS JELEBU

Hari ni telah berlangsung Sambutan Hari Polis ke 207 yang berlangsung di Perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Jelebu, Negeri Sembilan. Tahun ni aku dapat surat jemputan seminggu awal, jadi 25 Mac 2014 ni jadi keutamaan aku untuk hadir ke majlis tersebut.  Pukul 8.00 pagi aku bergerak ke majlis tersebut bersama dengan ADO Jelebu, Fadhli Alias yang hadir sebagai wakil Pegawai Daerah Jelebu. Dengan tema sambutan yang dikekalkan seperti tahun sebelumnya iaitu  KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KAM, majlis dimulakan dengan kawalan hormat daripada Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Setapa bin Yusof  dan diakhiri dengan penyampaian surat penghargaan kepada anggota Polis, kakitangan awam dan orang perseorangan. Dengan usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masuk ke 207 tahun, tidak hairanlah mengapa pasukan Polis Malaysia dikenali sebagai antara yang tercekap di Dunia. Apepun syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak polis dan sekalung penghargaan atas jasa dan pengorbanan anggota Polis dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita. Hayati lirik lagu polis sedia berkhidmat ini..

Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan preman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan preman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat





OCPD DSP SETAPA BIN YUSOF













Tali Gantung Pesalah ( hanya dipakai untuk 3 kali sahaja)


Pameran dari Jabatan Penjara Jelebu






Pejabat Kesihatan turut mengambil bahagian

Saturday, March 22, 2014

KLINIK KERAJAAN SLOW?

Pagi semalam aku temankan isteri ke sebuah klinik kesihatan kerajaan untuk pemeriksaan kesihatan. Pukul 8 pagi kitaorang sampai kat klinik tu dan terus daftar. Agak lenggang pagi tu. Ade la lebih kurang 6 orang yang menunggu giliran untuk check up. Lega sikit aku sebab tak ramai orang yang menunggu maksudnya ada harapan nak selesaikan awal. Tapi tungu punya tunggu...sampai pukul 11 pagi baru selesai urusan kitaorang.. Bayangkan 6 orang pesakit mengambil masa selama 3 jam untuk pihak klinik melayan pelanggan..Klinik tu slow atau memang macam tu diorang punya SOP? AKU PUN TAK PASTI. yang ketaranya ada 10 orang nurse kat klinik tu..Boleh ke kita salahkan service kat klinik kerajaan atau kita kena bersikap lebih sabar dan tenang?





Wednesday, March 12, 2014

AIR OH AIR

Alhamdulillah..semalam (11 Mac 2014) akhirnya bekalan air ke rumah di Palong 8 pulih seperti sedia kala. Air terputus sejak Isnin ( 3 mac). Bayangkan dah nak masuk 8 hari, penduduk di Palong ni sengsara.hu.hu. Tapi nasib baik kolah rumah aku ni besar-besar. Ade 4 kolah semuanya. So..8 hari tu luak sikit la.Musim kemarau kali ni memang berbeza dan tidak pernah berlaku sejak mak ayah aku pindah ke kawasan tanah rancangan Felda pada 1983. Namun bagi masyarakat Felda, ketiadaan air ni adalah perkara biasa dan mampu ditangani berikutan kerap kali masalah air berlaku di kawasan Tanah Rancangan. Apepun meh tengok gambar  di bawah.

Fuh lega. rumah aku yang terakhir lori air ni masuk tau..




Sungai di Kawasan rekreasi Jeram Panjang yang kering kontang





Monday, March 10, 2014

PRAY FOR MH370



Moga dipermudahkan usaha operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

PENGAGIHAN AIR DI LOJI GEMAS

Hari sabtu lalu, 8 Mac 2014, aku bergegas ke Loji Rawatan Air Gemas untuk melihat proses pengagihan air ke kawasan terputus bekalan air iaitu di sebahagian Gemas dan gugusan Felda Palong 1 hingga Palong 16. Proses Pengagihan air ini melibatkan 46 buah lori tangki daripada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), agensi kerajaan dan pihak swasta. Boleh dikatakan cuaca kering yang melanda Malaysia sejak Januari lalu memberi implikasi besar kepada sumber air negara terutamanya penyusutan paras empangan-empangan yang membawa kepada catuan air di beberapa kawasan. Proses pengagihan air di Loji Rawatan Air Gemas ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan perasmiaan oleh ADUN Gemas YB Abd Razak Bin Ab Said. Operasi penghantaran air ke kawasan terjejas ini akan berakhir pada jam 11.00 malam.Musim kemarau di Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai bencana yang meresahkan ramai pihak namun usaha kerajaan yang bertindak pantas dalam menangani krisis ini wajar di beri pujiaan



Menunggu untuk proses pendaftaran

Pendaftaran lori-lori  untuk operasi pengagihan air



Taklimat daripada Pengurus Operasi kepada Pemandu lori

Stesen TV Al Hijrah dan TV 3 menemuramah ADUN Gemas

Penyaluran air ke lori bermula

Add caption


Thursday, March 6, 2014

Program Pelepasan Benih Ikan

Hari ni telah berlangsung Program Pelepasan Benih Ikan di Perairan Umum Empangan Jelebu. Dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Perikanan Daerah Jelebu, program ini mendapat kerjasama daripada Institut Penyelidikan Ikan Air Tawar ( FRI) Malaysia yang terletak di Glami Lemi juga di daerah Jelebu.  Program pelepasan benih ikan ini bertujuaan untuk menambah stok ikan-ikan di perairan umum dan seterusnya membekalkan sumber protein serta pendapatan penduduk setempat. Aku di jemput oleh pejabat ini untuk turut serta melepaskan anak-anak ikan yang berjumlah 70 ribu kesemuanya.


Empangan umum Jelebu ( air sungai ni memang jernih)






CADO, En Raja tengah melepaskan benih ikan


bersama Amin ( Staf Pejabat Perikanan Jelebu)