Tuesday, December 11, 2018

MENAKLUKI PUNCAK GUNUNG ANGSI SEUSIA 4 TAHUN

2 Bulan yang lepas, berlaku satu ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang terletak di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ini kali ketiga aku menawan puncak gunung ni. Tapi, pendakian kali ni lain sikit. Apa yang lain? yaa..julung kali sertai oleh anak sulung aku, Aqil Rizqin yang berumur 4 tahun. Perancangan nak bawa dia dah lama, tapi banyak kali tertangguh. Namun bila ayah mertua aku dan adik ipar berhasrat untuk turut serta, bagai pucuk dicita ulam mendatang tanpa bertangguh terus  direalisasikan. Seawal jam 7.56 pgi ahad kami dah tiba di tempat pendaftaran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk urusan pendaftaran dan pembayaran permit mendaki sebanyak RM 5. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan,  Gunung Angsi ni mempunyai ketinggian 825 meter atau 2702 kaki. Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.

Pintu masuk ke Gunung Angsi dari arah Bukit Putus
Bersama Ayah Mertua

Baju hitam sado tu adik ipar

Kami memulakan pendakian pada jam 8.06 pagi. Aqil mendaki dengan penuh keterujaan sambil mulut tak berhenti mengomel." Abah tu pokok apa"? " Kenapa ulat ni besar abah"? " Kenapa rumput ni warna purple abah?" Macam wartawan buat liputan daaa..Laluan permulaan mendaki ni agak mencabar untuk yang baru pertama kali mendaki Gunung Angsi ( sudut mendaki 90 darjah). Tapi Aqil steady je. Segalanya mudah dengan adanya ayah mertua dan adik ipar aku. Paling aku risau kalau dia penat dan tak nak teruskan pendakiaan. 

Comel punggung,ha,ha

Tok Wan steady

Rehat sat

Jam 8.40 pagi, kami berhenti rehat di checkpoint pertama. Terdapat sebuah pondok lengkap dengan tempat duduk. Tapi oleh kerana ramai yang duduk kat situ, kami rehat atas tunggul kayu jela. Aku suapkan Aqil coklat cloud 9 dan air kosong untuk recharge tenaga dia. Masih lagi bersemangat walaupun muka ade letih.ha.ha. Kami teruskan lagi pendakiaan hinggalah sampai ke Wild Boar Swamp pada jam 9.38 pagi. Masa ni Aqil dah letih. Silih berganti aku dukung dia bersama-sama dengan ayah mertua dan adik ipar aku. Salute jugak aku kat ayah mertua sebab di usia 63  tahun, steady je mendaki sambil dukung Aqil. 

Muka kepenatan
start penat dah


kena paksa jalan.ha,ha

WILD BOAR SWAMP. Penat dah budak kecik tu
Steady ayah


slow2 kayuh

Alhamdulillah
Pendakian diteruskan sehinggala sampai ke PUNCAK Gunung Angsi pada jam 10.52 pagi. Di puncak, rehat puas2, makan segala jenis makanan yang kami bawa. Aqil siap melabur lagi. Cari la semak2 di tengah keramaian orang tu.ha,ha.

Kami berjaya

Tok Wan dan Aqil

Aqil yang snap gambar ni


again

Haus dah


Selepas 20 mint rehat di puncak, kami meneruskan perjalanan turun. Oleh kerana kami parking kereta di lauan masuk di Bukit Putus, maka laluan turun adalah sama dengan laluan mendaki. Satu lagi laluan mendaki/menurun adalah di Hutan Lipur Ulu Bendol. Perjalanan turun lebih mencabar daripada mendaki. Lutut kena kuat. Ada masa kami gilir-gilir dukung Aqil bila sampai ke laluan yang akan mencabar dan memerlukan bantuan orang dewasa. Perjalanan turun lagi pantas daripada naik. Kami kurang berhenti rehat. Cuma berhenti bila Aqil nak melabur je la. Paling kritikal adalah lagi 20 minit nak sampai ke kaki gunung. Aqil tertidur plak ( waktu tidur dia di taska adalah pada jam 12.30 tengahari ke atas). Dengan laluan turun menegak 90 darjah, agak mencabar turun sambil dukung Aqil. Nasib baik cuaca cantik. Kalau hujan memang laluan tu licin yang amat.








Penat dah

Tepat jam 1.15 petang kami sampai ke Starting Point Gunung Angsi. Alhamdulillah berjaya menawan puncak dan menamatkan pendakian tanpa sebarang masalah. Pengalaman baru untuk Aqil. Aku harap satu hari nanti bila dia tengok gambar-gambar dia mendaki Gunung Angsi ni akan terbit rasa bangga dalam diri dia. Jadi secara keseluruhan masa yang diambil adalah


5 jam 5 minit: Naik - 2 jam 50 minit
                       : Turun: 2 jam 15 minit

No comments:

Post a Comment