Saturday, November 15, 2014

AKU, ISTERI, AQIL DAN FULL PAYING PATIENT ( FPP) PUTRAJAYA

Tanggal 27 Ogos 2014 menjadi detik terindah dalam hidup aku suami isteri. Jam 8.51 malam di Hospital Putrajaya lahirnya kedunia permata hati yang kemudiannya kami namakan sebagai Muhammad Aqil Rizqin bin Mohd Alif. Alhamdulillah selama 4 hari 3 malam urusan kami dipermudahkan olehNYA. Kat sini aku tulis sedikit catatan sebagai kenangan di kemudiaan hari.


26 Ogos 2014 ( Selasa)

Aku masih lagi berada di PWTC menghadiri  Istiadat Konvokesyen  bagi Diploma dan Anugerah Felo INTAN  ketika dihubungi isteriku, Iza yang menyatakan tanda-tanda bersalin  iaitu blood show sudah mulai turun. Nasib baik ketika itu aku otw  pulang ke Putrajaya. Sampai je kat rumah Iza suruh aku rehat dulu sebab belum ada rasa sakit lagi. So aku lepak2 dulu..Sempat tido, makan dan main game lagi. Jam 8.30 malam aku terus bawak Iza ke Wad Bersalin untuk pendaftaran. Dah bukak 2 cm rupanya masa doktor check. Keadaan di wad bersalin agak penuh. Ramai yang tak dapat wad. Mana yang baru mendaftar dipindahkan ke Hospital Serdang dan Kajang. Tapi lain bagi aku. Oleh kerana kami mengambil skim Full Paying Patient ( FPP) atau Pesakit Bayar Penuh, terus Iza di tolak ke wad eksekutif  di tingkat 5 Hospital Purajaya selepas aku selesaikan bayaran deposit RM 3000. First impression aku, di sinilah ISTIMEWANYA  kepada  sesiapa yang mengambil skim FPP.
Deposit sebelum masuk wad di bawah FPP


Wad Eksekutif 5A 

Sampai je wad, kami diberikan bilik untuk dua orang pesakit. Kami dapat bilik no 1. Tapi nurse bagitau once kosong je Single bedroom kat wad ni, Iza akan terus dipindahkan. Lega sikit hati aku yang baru nak rasa upset. Al maklumlah since aku decide amik FPP, so segalanya mestinya memuaskan hati. Dah namanya kita bayar kan. 10 minit kemudiaan nurse datang bagi tujuaan orientasi wad esekutif. Berdasarkan penerangan yang aku sempat capture, wad eksekutif ni adalah wad untuk pesakit di bawah skim FPP dan wad DiRaja. Aku diberikan pas peneman yang boleh keluar masuk sesuka hati aku..he.he. Walaupun seorang je peneman dibenarkan untuk seorang pesakit, aku tengok boleh je bawak mak mertua aku di luar waktu melawat. 


Tag nama kat katil Iza dengan nama doktor pakar yang kami pilih

Jam 12 tengah malam bermulanya saat genting bagi kami. Iza dah mula rasa contraction..Selang 10 minit, kadang-kadang selang 30 minit contraction datang. 


27 Ogos 2014 ( Rabu)

Pukul 1 pagi Iza dah tak tahan, so, aku decide untuk bawak dia kluar bilik dan berjalan di sekitar wad. Lepas berjalan dia rasa lega sikit. Sehinggalah kemuncaknya jam 8 pagi dia dah rasa sakit sangat. Iza tanya aku boleh tak kalau dia nak ambil epidural sebab contraction dah makin kerap. Aku jawab minta pandangan doktor Hamidah dulu memandangkan sekejap lagi doktor buat lawatan. Jam 8.30 pagi doktor masuk ke bilik. So doktor nasihatkan untuk ambil epidural memandangkan Iza tak dapat tahan sakit selepas doktor check bukaan. Keadaan bukaan still 2 cm masa doktor check pada waktu tersebut.

Jam 1.00 tengahari Iza di tolak masuk ke Labor Room. Epidural dimasukkan dan doktor pantau jantung bayi melalui mesin CTG. Masa ni aku rasa insaf sangat bila lihat keadaan Iza. Susah rupanya seorang ibu untuk melahirnya seorang hamba Allah ke dunia ini. Aku sentiasa berada di samping Iza sepanjang dia berada di Labor Room. Cuma keluar untuk solat dan makan tengahari je. Jam 6.00 petang bukaan naik sikit kepada 3 cm. Agak slow progress. Aku dah start rasa cemas masa tu.


Mesin CTG untuk pantau jantung bayi


Jam 8.15 malam, nurse dari wad eksekutif call aku suruh aku kemas barang sebab nak dipindahkan ke single bedroom. Alhamdulillah..dapat pun.

Abis je pindahkan barang aku bergegas balik ke labor room.  Jam 8.20 malam, doktor masuk dan terus check mesin CTG. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia.

" Encik Alif kena buat keputusan ni. Jantung baby semakin  lemah dan begitu juga dengan keadaan isteri "

Doktor tu bagi pilihan kat aku samada untuk bagi kebenaran operate/caesar ataupun terus menunggu lahir bayi secara normal. So aku tanya iza, iza serahkan kat aku untuk buat keputusan. Aku amik masa tak sampai seminit terus bagi kebenaran kepada pihak hospital untuk operate.

Iza ditolak ke operating room ( OR) dan aku bersama mak dan ayah mertua terus ke waiting room yang terletak bersebelahan dengan OR.

50 minit berikutnya, nama aku dipanggil dari OR. Nurse datang dengan bawak troli. Kat troli tu aku tengok ade seorang hamba Allah yang baru dilahirkan menggigil kesejukan.. Ha.ha aku tak caya itulah anak aku sampailah nurse cakap.

"En Alif mohon check keadaan bayi dan sign kat borang ni ye"

Masa tu tak dapat aku gambarkan perasaan aku.. Terlalu gembira aku rasa. Memang syukur sangat2 pada Allah. Yelah.Selepas 2 tahun kitaorang kawin dan 2 kali isteri aku keguguran..akhirnya inilah rezeki yang kami tunggu.

Dipendekkan cerita..Hari pertama dalam bilik 12A  ( no bilik dalam bilik eksekutif) bersama dengan  aqil dan isteri memang mengujakan. Dengan Aqil yang menangis dan baru belajar menyusu serta keadaan Iza yang tak dapat bergerak sangat, amat memberi cabaran kepada aku. Mujur mak mertua aku ada ditambah dengan staff nurse di wad eksekutif ni yang sangat2 membantu. Tekan loceng tak sampai 5 minit terus datang.


Single Bedroom yang kami dapat


Kerusi tu memang selesa

Toilet/Bilik Mandi yang selesa

Dipendekkan cerita, hari jumaat  berikutnya iaitu 29 Ogos 2014, Iza dibenarkan pulang. So total cost Skim FPP ni selama 3 hari 2 malam adalah RM 3500. Bagi aku amat berpatutan serta berbaloi dengan service yang ditawarkan dan apa yang telah kami dapat. Mungkin pakej ini jauh lebih murah daripada hospital dan klinik swasta yang kitaorang survey sebelum ni.

Ok..inilah coretan ringkas pengalaman kitaorang menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga kitaorang.

1 comment:

  1. Assalamualaikum and good afternoon.

    My name Nur Nazirah Binti Abd Shukor (53250), final year student from Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Currently I am conducted a final year project to fulfill my study requirement. My study title "The Factors that Affecting the Demand of Full Payment Patient (FPP)". I need a minimum 200 respondents who had experience this scheme either present or past. I will distribute the questionnaire soon (via google form). It will be my pleasure if you could contribute with my survey. Note that the result from this questionnaire is for educational purpose only. For any question, can contact me via facebook (Nazirah Shukor) or email at nazirahshukor69@gmail.com or drop your email address and I will contact personally later.

    Thank you and have a great day.

    ReplyDelete