Saturday, November 30, 2013

PROGRAM ANAK ANGKAT KUALA LIPIS


Salah satu modul dalam kurus Diploma Pengurusan Awam (DPA) adalah modul Kajian Lapangan ataupun penempatan desa. Modul ini juga lebih dikenali sebagai Program Anak Angkat yang mana peserta  DPA menjadi anak angkat kepada kampung-kampung yang telah ditetapkan oleh pihak INTAN. Modul ini kebiasaanya dilaksanakan di penghujung kursus tersebut.

Bagi diriku, modul ini merupakan modul yang paling aku ingati sepanjang hampir 6 bulan menjalani kursus DPA. Kenapa? He.he sudah tentulah modul ini berjaya menarik seribu ingatan, sejuta pengalaman yang mungkin sukar untuk aku perolehi di tempat lain. Untuk rekod, peserta DPA di Intan Wilayah Timur (INTIM) Bil 1/2013 ditempatkan di negeri Pahang sebagai destinasi untuk modul kajian lapangan ini yang mana meliputi daerah Temerloh, Bera, Kuala Lipis dan Jerantut.  Aku telah ditempatkan di daerah Kuala Lipis bersama 60 peserta DPA yang lain. Taktala mendapat tahu destinasi penempatan kajian lapanganku, hati ini terasa lapang dan besyukur kerna awal-awal lagi aku berharap untuk mendapat kawasan dan keluarga angkat yang luar dari kebiasaanku. Maksudnya menjadi hasratku untuk di tempatkan di kawasan yag tidak pernah aku sampai dan menawarkan sesuatu yang menarik untuk diingati. 

Modul kajian lapangan atau penempatan desa bermula pada hari selasa 12 November 2013. Perjalanan dari INTIM ke Kuala Lipis memakan masa lebih kurang 5 jam. Sebaik sahaja sampai pada jam 3.00 petang, kami dibawa ke dewan orang ramai di bandar Lipis untuk program perasmiaan dan penyerahan keluarga angkat. Hati ini berdebar taktala memasuki dewan. Semakin berdebar bila wakil INTAN mengumumkan siapa yang bakal menjadi keluarga angkatku.  Akhirnya sampi giliran namaku disebut dan aku diperkenalkan dengan ayah angkatku. Beliau bernama Abdul Rahman bin Lebai Indil dari Kg Kuala Kenong , Lipis. Beliau merupakan pengerusi JKKK merangkap Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong dan juga imam Masjid Kuala Kenong.He. he banyak betul jawatan. Selain dari aku, terdapat 3 lagi ahli kumpulanku ditempatkan di kampung berkenaan iaitu Fazli, Khairiah dan Mardhiah. Selepas sesi penyerahan anak angkat aku terus dibawa ke kampung tersebut. Bila mendengar suara ayah angkatku meminta mengambil jaket keselamatan di bonet kereta beliau, apa yang tergambar di hadapanku adalah perlu melalui jalan air. Apabila kereta sampai di jeti Kuala Kenong, hati ini sedikit gementar dengan apa yang bakal aku lalui. Hati sedikit gelisah tetapi teruja taktala mengetahui diri ini berpeluang merasai pengalaman menaiki bot melalui sungai Pahang sebelum sampai ke rumah. Rumah ayah angkatku di seberang sungai Jelai ( sebahagian dari sungai Pahang). 

di jeti Kg Kuala Kenong ( sebelum naik bot)

amik mood sikit..


Sampai sudah ke jeti seberang
Perjalanan dari jeti ke rumah ayah angkatku memakan masa 5 minit perjalanan menaiki bot. Sampai sahaja di jeti seberang , aku menaiki motorsikal pula untuk ke rumah keluarga angkat. Memang mencabar minda dan fizikal. Tapi rasa seronok mengatasi segala-galanya. Sebaik sampai di rumah aku di sambut oleh mak angkatku, Pn Jamilah. Perkahwinan mereka dikurniakan seramai 9 orang anak ( 3 lelaki, 6 orang perempuan) yang berumur di antara 22 hingga 10 tahun. Keluarga angkatku sangat ramah orangnya hinggakan aku tidak berasa canggung untuk berada di rumah tersebut.
naik motor sambil pakai jaket keselamatan..yeah
Rumah ayang angkat

Rabu 13 November 2013- Ayah angkatku membawa aku bersama fazli, khairiah dan mardhiah ke Sekolah Kebangsaan Kenong bagi menghadiri majlis anugerah cemerlang ataupun penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang sekolah berkenaan. Uniknya, Sekolah Kebangsaan Kenong diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) yang mana sekolah berkenaan mempunyai murid seramai 17 orang daripada darjah 1 hingga darjah 6. Sementara  guru pula seramai 16 orang. Kami diperkenalkan kepada Guru Besar sekolah berkenaan, En Mohammad Sidek Bin Mohammad yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran ke Taiwan. Adik angkatku, Adila di pilih sebagai tokoh pelajar sekolah berkenaan. Balik dari program berkenaan, aku terus ke rumah ayah angkat fazli yang bersebelahan dengan rumah ayah angkatku. Ayah angkat Fazli yang ku panggil Pak Long mempelawaku untuk makan nasi yang terkenal di daerah Lipis iaitu Nasi Keduli. Nasi ini berwarna kuning seakan-akan pulut kuning dan dihidangkan bersama dengan ayam goreng. Rasanya memang sedap dan sedikit berlemak. Sambil  makan puas aku mendengar penerangan Pak Long berkenaan nasi tersebut. He.he.
Majlis Penyampaian hadiah
Kesemua murid yang ada di sekolah kuala kenong
Keluargaku ( balik dari sekolah)
Khamis 14 November 2013- Jam 9.00 pagi aku bersama ahli kumpulanku pergi ke bandar Lipis bagi membincangkan program Community Social Responsibility (CSR) dan perbincangan mengenai tugasan kajian yang diberikan oleh INTAN kepada kami. Bagi modul ini, tajuk kajian yang kami perolehi adalah Potensi Pelancongan di daerah Lipis. Alhamdulillah, aku di permudahkan olehNYA apabila tajuk mengenai perlancongan ini bertepatan dengan penempatanku di Kg Kuala Kenong. Dengan dibantu oleh ayah angkatku, kami telah pergi ke agensi pelancongan yang terkenal di daerah Lipis, Tuah Travel bagi mendapatkan sedikit gambaran dan maklumat mengenai produk pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan.

Bersama En Hassan Tuah, owner Tuah Travel
Bersama ahli kumpulanku


1926...salah satu bangunan besejarah di Lipis

huh.,lambatnya keretapi ni 
dari kiri: Khai, Fadzli, Amir, Aku dan Mar
Jumaat 15 November 2013- aktiviti hari ini lepak di rumah sambil buat assignment. Pukul 12.50 tengahari menaiki bot untuk solat jumaat di masjid Kg Kuala Kenong. Di Kg ini segalanya bergantung kepada pengangkutan air untuk melaksanakan aktiviti harian termasuklah menunaikan ibadah.Pertama kali dalam hidup aku menaiki bot untuk menunaikan solat jumaat. Sememangnya masyarakat di Kg Kenong gigih dalam menguruskan kehidupan mereka. Menurut ayah angkatku, jemaah yang menunaikan solat jumaat di Masjid Kg Kuala Kenong kebiasaanya kurang daripada 40 orang jemaah. Namun memandangkan, masjid yang berhampiran pun agak jauh, solat jumaat diteruskan di masjid tersebut setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri.
mak cik..nak saya tolong tak...



sebelum solat jumaat

Sabtu 16 November 2013- Gotong royong memasak bubur assyura di Masjid Kuala Kenong. Bermula pukul 7.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari.  Memang seronok dapat bergaul dengan penduduk kampung yang sangat ramah dan mengalu-alukan kehadiran kami sebagai anak angkat kampung. Jam 5.00 petang bergerak ke Seberang Jelai, Padang Tungku ( jalan menghala ke Gua Musang) tumpang menginap di rumah keluarga angkat Amir ( ahli kumpulan kami) memandangkan pada keesokan paginya kami akan melaksanakan program Community Social Responsibility (CSR) di Kg Kechau dan agak sukar untuk aku bergerak dari Kuala Kenong di samping tidak mahu menyusahkan keluarga angkatku.

kacau  kuat-kuat sikit bang..

Ahad 17 November 2013- Program Community Social Responsibility (CSR) memasak bubur assyura peserta DPA bersama penduduk setempat di Kg Kechau. Aktiviti memasak bubur kali ini memang agak mencabar dari segi fizikal. Jika di Kg Kuala Kenong, memasak bubur assyura memakan masa hanya 4 jam, di Kg Kechau pula mengambil masa sehingga 9 jam. Lain tempat lain caranya. Apepun layan je. He.he. Selesai memasak bubur, pada jam 5.00 petang, diadakan upacara ringkas, sumbangang barangan masjid daripada peserta DPA kepada penduduk kampung berkenaan daan upacara simbolik menanam pokok oleh wakil INTAN dan peserta DPA. Kesimpulan untuk hari ini memang penat dan memenatkan. (^^)..


senyum dalam kepanasan

program sampingan tanam pokok sebagai tanda kenangan

Isnin 18 November 2013- Jam 10.00 pagi ke Pejabat Daerah Lipis bagi menghadiri taklimat mengenai daerah Lipis yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, En Rusdi. Tapi yang lebih mengujakan dapat berjumpa dengan rakan-rakan peserta DPA yang lain . Masing-masing bersemangat menceritakan tentang pengalaman berada di rumah keluarga angkat. Ada yang rakan yang gembira berada di kampung yang ditempatkan, tidak kurang juga yang mengharapakan agar program anak angkat ini berakhir dengan cepat. He.he. Selesai taklimat, aku bersama kumpulanku menyiapkan tugasan kajian. Alhamdulillah..siap akhirnya setelah mengerah minda hingga ke jam 12.00 malam.

Sesi taklimat dan perbincangan

Perbincangan dengan Pejabat Hutan Daerah Lipis

Selasa 19 November 2013- Lepak sepanjang hari di rumah...

Rabu 20 November 2013- melawat Taman Rimba Kenong bersama dengan ayah angkat dan ahli kumpulanku yang lain. Sambil menyelam minum air, lawatan ini penting bagi mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai Taman Rimba Kenong yang juga menjadi tajuk kajian kami. Taman ini amat berpotensi untuk menjadi produk pelancongan pada masa akan datang. Tapi entah di mana silapnya, produk pelancongan ini dibiarkan seolah-olah kurang penyelengaraan daripada pihak yang berkenaan. Taman ini terkenal dengan keunikan gua batu kapurnya yang mana terdapat lebih kurang 9 jenis gua batu kapur iaitu Bukit Kesong, Gua Batu Tangkup, Gua Telahup, Gua Batu Tangga, Gua Harimau, Gua Buta dan beberapa yang lain.



laluan bawah gua batu kapur ( sangat sejuk di sini)

jambatan gantung yang pernah popular suatu ketika dulu

kawasan gua batu kapur yang unik

dalam gua

Dihadapan signboard Taman Rimba Kenong

Khamis 21 November 2013- Pembentangan di Pejabat Daerah Lipis pada jam 9.00 pagi. Giliran kumpulan kami adalah yang ke 5. Secara keseluruhannya, pembentangan kami mendapat pujiaan daripada panel penilai dengan komen yang memberangsangkan. Cuma beberapa penambahbaikan perlu di lakukan bagi memantapkan kajian lapangan kami. Beberapa data dan sedikit engagement dengan pihak yang terlibat dalam kajian kami perlu dilaksanakan dengan lebih komprehensif. Apepun, lega sebab dah selesai presentation yang juga merupakan presentation terakhir aku dalam DPA..

Jumaat 22 November 2013- Hari terakhir Modul Kajian Lapangan.Hari terakhir aku di Kampung Kuala Kenong. Hari terakhir aku bersama keluarga angkatku. Bangun je pada pukul 6.00 pagi, tiba-tiba rasa masa sedih pulak nak tingalkan tempat ni. Walaupun cuma 10 hari aku berada bersama keluarga angkatku, tapi perasaan menjadi sebahagian daripada mereka cukup menebal dalam hati ini. Aku dihadiahkan dengan sehelai sejadah oleh ayah angkatku sebagai tanda kenangan. Beliau berpesan " Alif, kalau sudi gunakanlah sejadah ini sebagai sejadah harian. Dengan cara ini Alif pasti akan ingat kami di sini" Sebak pulak aku dengar pesanan beliau. Sebelum keluar rumah aku sempat memberikan keluarga ini dengan sebingkai gambarku bersama dengan mereka dengan ucapan dibawahnya..Bye2 KENONG..Bye2 KUALA LIPIS. akan ku kenang hingga ke akhir hayatku.. Insyaallah..



Majlis Penutup Program

Gambar yang kuhadiahkan kepada mereka

2 comments:

  1. ehem..rumah ayang angkat ke ayah angkat?hehe..best moments ever

    ReplyDelete
  2. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR

    ReplyDelete