Sunday, December 29, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABAT


Tahniah diucapkan buat bekas teman serumah, sediploma dan seijazah, Mohd Izwan Bin Rosdan@ gg dan isterinya Nurulain binti Hairudin atas perkahwinan mereka semalam (28 Disember 2013). GG ni member aku yang paling banyak bersama dengan aku sepanjang kitaorang belajar kt UiTM especially masa kitaorang degree dulu. Seorang yang boleh dijadikan kawan susah senang la.. Dah jadi suami orang pun kawan aku sorang ni..Moga dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh keceriaan ye..





pengantin lama vs pengantin baru

bersama teman-teman seuniversiti

Friday, December 27, 2013

EVOLUSI BERAT BADANKU

" si kurus..tolong cikgu ambil buku kt bilik guru"

haaa.. ni dialog yang aku masih ingat yang dilontarkan oleh cikgu matematik aku semasa aku tingkatan 2..kecik ati aku masa tu..hu.hu

" abang..kalau abang berisi sikit kan best"

Ha.ha..ni dialog bini aku ketika kitaorang bercinta...sian dia..nak pakwe badan mcm aaron aziz kot..

" wei tulang bergerak"

ni pulak kakak kedua aku melontarkan idea bernasnya mengenai tubuh aku..huwaaaaa..

Ni semua antara momen-momen yang aku paling ingati bila bercerita mengenai tubuh badan aku. Sebenarnya kan..dulu aku ade rasa rendah diri la pasal badan aku yang tak naik-naik ni.Memang BMI tak sesuai la dengan usia dan ketinggian yang aku miliki. Macam-macam benda aku pernah buat semata-mata nak bagi badan ni berisi dan nampak sedap mata memandang. Tapi semuanya gagal..ha.ha. Last-last aku biarkan je perkara ni berlalu. Dah jadi lali bila org ckp aku keding la..kurus la..akhirnya Mak aku berpesan..

"jangan risau lip..esok kau kawin gemuk la.kalau kurus pun tak pe.janji sihat. "

Pesan mak aku nilah aku jadikan pegangan sehinggalah sekarang.. Sekarang aku dh tak kisah. gomuk ko..kurus ko..hentam saja la..

Kat bawah ni gambar aku dari kecil sampai la besar disertakan sekali dengan berat badan yang berevolusi dari tahun ke tahun

ni masa aku 3 tahun ( dalam 11 kg je)
17 kg masa umur aku 5 tahun

Aku ( berdiri 7 dari kanan di barisan belakang sekali) 21 kg masa ni
budak kurus pakai baju batik warna merah aku la tu..
masa ni aku 9 tahun dengan berat 25 kg.hu.hu

Begitulah pertambahan berat badan aku masa aku baru lahir sehinggala umur aku 9 tahun. Tengok pola pertumbuhan aku dalam masa 9 tahun agak perlahan kan? Bukan mak ayah aku tak bagi makan tau.Tapi memang aku susah nak gemuk walaupun makan banyk.hu.hu.

Pendekkan la cerita...so kat bawah ni pulak masa aku muda remaja..

20 tahun ( 52 kg masa aku studi kt UiTM)

56 kg @ 22 tahun ( aku dengan awek aku (dh jadi bini aku skrg )
masa aku mula2 keja ( 24 tahun berat 58 kg)

Masa aku baru kawin. ni mencanak naik berat aku, 65 kg @ 26 tahun



Begitulah serba sedikit tentang kadar pertumbuhan aku. Memang betul cakap mak aku kan..Sayang mak..he.he. Sekarang ni aku maintain je. Biarkan berlalu mengikut prosesnya.



Wednesday, December 25, 2013

JANDA BAIK PUNYA


Boleh la kot tajuk post kali ni.. Janda Baik Punya..He.he.

Tapi bukan pasal janda yang anda bayangkan..ni pasal percutiaanku di Janda Baik di Pahang tu. Nama pun blog berkenaan percutiaan aku. So, yang korang dapat baca pasal percutiaan ataupun pengalaman ke tempat orang la ye.he.he..Sebenarnya pada 25 Disember 2013 aku melengkapkan percutian dan masa rehat lepas habis DPA dengan menghadiri hari keluarga ayah mertuaku  iaitu Unit Pembangunan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam di Raudah Janda Baik, sebuah private resort  di Janda Baik. 

Bertolak dari Putrajaya pada pukul 7.30 pagi dengan perjalanan memakan masa selama 1 jam lima belas minit. Lepas tol gombak cari exit ke Kuantan dan Karak. Lepas tu terus je sampai nampak exit RnR Genting Sempah/Janda Baik. Ikut laluan tu dan akan lalu depan RnR Genting Sempah. Cari signboard menghala ke Janda Baik dan terus je sampai nampak pintu gerbang Janda Baik. Terus lagi sampai nampak Institut Latihan Umno. Amik belah kiri dan terus sampailah sampi tapak perkelahan tersebut.. Senang la cari walaupun lama giler tak pergi sini. Sampai je kat Raudah ni..Subhanallah..nyamannya la kat sini. Rasa segar giler muka ni taktala disapa oleh sisa-sisa embun pagi.

Banner Hari Keluarga


Turun je dari kereta terus snap.

Air memang bersih giler




Perkara pertama lepas turunkan barang dari kereta adalah pasang khemah..Memandangkan musim hujan dan tak nak la kelam kabut pergi bilik kalau hujan turun masa tengah mandi. So, pasanglah khemah sebagai persediaan. Muatlah khemah untuk 6 orang..




mak mertua dan isteri sebgai mandor..he.he

Tadaaa....


Habis je pasang khemah, semua ahli keluarga diminta berkumpul untuk sesi berkenal- kenalan. Best la sesi ni coz dapat la kenal yang mana satu staff UPD dan yang mana ahli keluarga or rakan mereka. Habis je sesi perkenalan ni terus menjamu selera ataupun sarapan pagi dengan konsep potluck. Lepas sarapan sesi sukaneka pulak.Dapatlah aku johan acara lari dalam guni dan no 2 kepit bola celah ketiak dan kelangkang. Lama oo tak main kepit bola cela ketiak. last pun masa darjah satu dulu.hu.hu. Habis je sukaneka, acara diteruskan dengan sesi BBQ dengan ayam dan ikan menjadi mangsa lauk pada tengahari ni..

sesi perkenalan diri dengan diketuai oleh ayah mertuaku. Steadylah ayah

hidupkan api dulu..

Sementara menunggu lauk pauk tu masak..sungai menjadi sasaran seterusnya. Serius..air sungai ni teramatlah sejuk. Mengigil jugak la pada mulanya. Tapi bila dah lam berendam rasa nak naik pun dah malas. Masa tengah mandi, kitaorang nampak pak cik orang asli lalu kat depan sungai tempat kitaorang mandi dengan memikul guni di belakangnya. Ayah mertuaku terus panggil pak cik tu. Nama pak cik tu Bijah. Apa yang terkandung dalam guni yang dipikulnya adalah 3 biji durian bukit. Ape lagi terus ayah mertuaku borong 3 biji sekaligus dengan harga RM 10. Durian yang kitaorang makan memang sedap. Ditambah pulak dengan keramahan pak cik Bijah yang asyik tersenyum dan menyanyi2 lagu hindustan depan kitaorang menjadikan suasana tempat perkelahan tu agak riuh.


me n my wife yang tengah menahan kesejukan..hu.hu

aku dan adik ipar yang kelihatan sama baya dengannya..uhuk.uhuk..



sesi tawar menawar harga durian

Pak cik Bijah yang best

berbaloi beb..

Puas mandi sungai, naik atas sekejap. Makan tengahari dulu memandangkan lauk2 BBQ sudah siap dibakar sepenuhnya. Memang sedap la makan lepas mandi. Entah berapa ketul ayam aku sebat..Ingatkan lepas makan nak rehat-rehat kat  khemah. Tapi bila tengok sungai, godaan untuk menjadi ikan duyung membuak-buak dalam hati. Berendam la lagi..Kali ni pergi tempat dalam sikit..siap boleh berenang lagi..

yeah..

kreatif owner tempat ni ( siap buat air pancut lagi)

Jambatan yang menghubungkan antara dua daratan..aiceh..



Jam 4 petang, kami sekeluarga bergerak pulang. Apa yang dapat aku simpulkan di sini adalah program hari keluarga UPD, JPA memang terbaik dari segi penganjuran terutamanya aspek pemilihan tepat. Bagi aku, tempat yang dipilih memang terbaik dan menonjolkan sisi alam ciptaan Allah S.W.T yang terlalu indah dan memberi kesan untuk dihayati. Sesekali kita lari dari kebiasaan memang memberi satu pengalaman yang indah. Apepun.TERBAIKKKK...

p/s : alamat resort ni adalah

Raudah Janda Baik
Lot 9739 Kg Chemperoh Janda Baik
28750 Bentong Pahang

www.facebook.com/JandaBaikRaudah