Entri kali ini berkisar mengenai Modul Polis yang terdapat dalam kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Modul ini telah dilaksanakan pada 8 Jun 2013-14 Jun 2013 bertempat di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur. Modul ini antara yang paling aku ingati berikutan inilah modul luar pertama yang aku jalani dalam DPA.
|
Sedang menunggu Bas INTAN bersama teman rapat, wahab |
Perjalanan kami bermula di Intan Wilayah Timur (INTIM) Kemaman. Tepat jam 9.00 pagi bas yang membawa kami bertolak ke Maktab PDRM Cheras. Kami selamat sampai di maktab tersebut pada jam 1.00 petang. Memang sesuai sangat. Sampai-sampai je kami disambut oleh Tuan DSP Ooi dan dibawa ke dewan makan untuk makan tengahari. Selesai makan tengahari, taklimat pentadbiran yang disampaikan oleh DSP Ooi mengenai perjalanan modul kami ini.
|
DSP Ooi sedang menyampaikan taklimat |
Selesai urusan pentadbiran, kami terus dibawa ke dewan untuk mengambil pakaian seragam polis. Ada 3 pakaian yang harus dipakai dalam modul ini iaitu pakaian seragam biru, putih dan pakaian polis hijau. Ketiga-tiga jenis pakaian ini harus dipakai pada sesi yang berbeza.
|
Dipakai untuk ke kelas dan berkawad |
|
Pakaian untuk latihan menembak dan jasmani |
|
Pakaian untuk ujian menembak di lapang sasar
|
Hari pertama modul polis banyak berkisar tentang aspek pengenalan unit-unit dan bahagian yang ada dalam PDRM. Perasaan bangga timbul taktala melihat pencapaian-pencapaian polis kita dalam membanteras jenayah. Tidak hairanlah Polis DiRaja Malaysia merupakan antara yang paling cekap di dunia. Hari keduanya agak lasak sikit. Belajar kawad kaki. Rasanya kali terakhir aku berkawad adalah semasa di tahun pertama di UiTM dahulu. Rasa kekok dan keras sikit pada mulanya. Tapi bila dapat rentak, seronok pulak berkawad ni.
|
Aku ( kanan sekali) ketika latihan kawad |
|
melepaskan penat selepas latihan kawad |
|
Water Canon- kenderaan utama dalam menyuraikan perhimpunan haram |
Hari yang berikutnya rutin tetap sama. Kelas, kawad, kelas dan kawad. Tapi yang bila hari kedua sebelum modul polis ini berakhir, slot yang sangat menarik iaitu pengenalan kepada Pasukan Simpanan Persekutuaan (FRU). Slot ni best kerana ada pertunjukkan khas daripada mereka. Bila mendengar taklimat daripada FRU ini, baru ku tahu walaupun pada zahirnya tugas mereka nampak mudah ( meleraikan perhimpunan haram) nama hakikatnya tugas mereka sememangnya amat berat dan memerlukan tuntutan fizikal yang tinggi
|
Kawad formasi FRU semasa menghadapi perhimpunan haram
|
|
Bersama anggota FRU
|
|
Bersama anggota FRU wanita ( kagum-kagum, wanita pun ada dalam FRU ni) |
14 Jun 2013. Hari terakhir
modul Polis di Maktab PDRM Cheras sangat menarik untuk dikenang. Ujian menembak di Kompleks Lapang Sasar Bridged Tengah, PGA Cheras. Walaupun biasa menembak semasa di MKN , tapi kali ni gugup sikit. Berterabur sasaran. Hu.Hu..
|
Di hadapan Kompleks Lapang Sasar Bridged Tengah PGA |
|
Semasa ujian menembak |
Alhamdulillah..tamat dengan jayanya Modul Polis di Maktab PDRM Cheras. Modul ini sangat bermanfaat untuk dijalani. Selama seminnggu aku berada di maktab ini, pelbagai jenis ilmu mengenai bidang kepolisian dapat aku ceduk. Momen ini akan terus aku kenang sampai bila-bila. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment