Sejak aku tak update blog setahun yang lepas..banyak momen yang aku lepaskan. Salah satunya percutiaanku ku ke negeri di bawah Bayu, Sabah. Rugi rasanya kalau tak aku titipkan di sini. Sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun akan datang, ianya dapat menjadi panduanku untuk mengenang kembali saat indah yang pernah dilalui.
|
Permit Masuk Sabah |
24 Januari 2013- Percutiaanku ke Sabah bersama dengan bosku, En Borhan dan teman setugas, Saiful Nizam. Tepat jam 2.00 petang, kami berlepas dari KLIA terus ke Kota Kinabalu dan tiba tepat jam 4.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh teman En Borhan, Zul Likas. Sampai-sampai terus check in di The Klagan Hotel yang lokasinya terletak di tengah bandar Kota Kinabalu. Rehat lebih kurang 2 jam, kami terus ke Pasar basah atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina. Menariknya tentang pasar ini adalah pelbagai jenis hidupan dan produk hasil laut yang amat segar boleh ditemui di pasar ini.
|
Klagan Hotel, Kota Kinabalu |
|
Pasar Filipina ( pandangan dari bilik hotel) |
|
Ikan Cencaru
|
Ikan Merah |
|
25 Januari 2013- Jam 8.00 pagi selepas bersarapan aku bertolak ke tawau dengan menaiki Toyota Prado kepunyaan Zul Likas. Perjalanan mengambil masa 8 jam sebelum sampai ke Tawau. Fuh jauh giler rasanya. Memang dalam perancangan kami untuk tidak menaiki flight ke Tawau berikutan misi En Borhan mahu membawa kami keliling sabah. Berada begitu lama dalam kereta memang penat. Tapi melihat pemandangan yang begitu unik mengurangkan sedikit kepenatanku. Dapat la tengok Keningau ( kawasan ribut greg 1996). Perjalanan kami berhenti di puncak bukit keningau. Agak sejuk disini dengan suhu 30"c .Selesai minum, perjalanan diteruskan lagi. Kali ni memang bosan. Kanan kiri hutan. Tapi yang paling uniknya di Sabah ni, masjid dan gereja berada berdekatan antara satu sama lain. Alhamdulillah tepat jam 6 petang sampai aku ke Tawau dan menginap di Hotel Marco Polo
|
Berhenti minum dan buang air kat sini ( menahan sejuk tu) |
|
Berhenti di Maliau Basin ( rehat dan buang air) |
|
Check in di Marco Polo Hotel, Tawau ( hotel ni agak old school) |
26 Januari 2013- Bergerak ke Semporna bagi meneruskan misi seterusnya. Destinasi berikutnya adalah jeti Semporna. Yeah.. kami akan ke Pulau Mabul..Segalanya mudah perjalanan kami ini. Sampai di Semporna terus membeli barang-barang keperluan seperti maggi, air minuman dan makanan-makanan ringan. Al maklumlah , kompom la tak ade jual 100 plus kt pulau-pulau macam ni. Jam 11 pagi, kami bergerak ke pulau Mabul dengan menaiki bot dengan perjalanan memakan masa 45 minit untuk ke sana.
|
Di hadapan Jeti Semporna |
|
Pakai jaket keselamatan siap-siap |
|
Restoran di Jeti Semporna |
|
Chalet BILLABONG, tempat kami menginap ( air laut kat Pulau Mabul ni memang jernih giler) |
27 Januari 2013- Sejuk giler suasana pagi kat sini. Lepas sarapan kami terus bersiar-siar di perkampungan yang berhampiran chalet kami. Teruja bila melihat perkampungan masyarakat Bajau. Paling menarik bila melihat mereka mengaplikasikan prinsip sains dalam kehidupan harian iaitu air laut ditapis menggunakan kain bagi membolehkan digunakan untuk tujuan minuman, masak dan mandi. Satu lagi, kawasan perkampungan masyarakat Bajau di sini sangat bersih. Sukar sekali untuk melihat sampah dan daun bertaburan di halaman rumah mereka. Masyarakatnya juga mudah tersenyum dan amat menghormati pelancong luar.Menariknya juga, golongan remaja di perkampungan ini menjadikan Basketball sebagai aktiviti sukan sebagai pengisiaan masa lapang mereka. Suasana malam pulak agak sunyi. tapi pemandangan memang seronok la. Sepanjang malam aktiviti kami adalah berborak dan berkongsi cerita, he.he.
|
Perkampungan masyarakat Bajau |
|
Sumber air masyarakat Bajau ( air laut dipam terus ke kawasan tadahan) |
28 Januari 2013- Jam 6.00 pagi, Zul dah ketuk pintu bilik aku. Dah lewat katanya. Lupa pulak aku yang sekarang aku berada di Sabah yang zone waktunya lebih awal dari semenanjung. Lepas solat subuh terus pergi sarapan. Menu pagi ni bihun goreng dan ikan goreng rangup. Perancangan hari ni pergi mandi dan sambung melawat kampung masyarakat Bajau. Baru je nak angkat punggung, sebuah perahu yang dinaiki oleh bajau laut atau lebih dikenali sebagai Palauk menghampiri chalet kami lalu menunjukkan beberapa ekor ketam yang diikat rapi dan sepingggan sotong. Memang fresh giler la hasil laut kat sini. Kitaorang amik keputusan untuk membeli ketam dan sotong berkenaan sebagai lauk untuk makan tengahari nanti. Harga memang murah giler. 2 ikat ketam ( 12 ekor) harganya dalam 30 ringgit je.
|
ketam dan hasilnya |
|
Bersama kanak-kanak Palauk yang bermain di sekitar chalet kami |
29 Januari 2013- Hari terakhir di Pulau Mabul. Macam biasa, bangun pukul 5.30 pagi. Lepas sarapan pagi ikut team Scuba Diving. Walaupun tak ade lesen diving, rugi rasa kalau duduk atas chalet tanpa merendamkan diri di air yang jernih. Mandi manda sekejap sebelum balik..Memang rasa teruja dan takjub dengan keindahan air laut Pulau Mabul yang jernih. Tak payah pakai google pun dah boleh nampak dasarnya yang jernih. Jam 11.30 tengahari meninggalkan Pulau Mabul yang mengamit kenangan yang indah untuk dikenang..
|
Bye2 Mabul |
30 Januari 2013- Destinasi seterusnya Sepilok. Kalau bercerita mengenai Sepilok, sudah tentulah Orang Utan yang tergambar di pemikiran semua orang. Ya..dari Semporna terus tengok orang utan. Tapi sayang kitaorang pergi di luar waktru Orang Utan diberi makan. so..nak jumpa orang utan ketika ni memang payah la seperti yang diberitahu oleh pekerja pusat berkenaan.Mula-mula agak kecewa la..tapi bila on da way nak balik tu, nampak orang utan melintas depan kitaorang..Alhamdulillah..dah rezeki untuk kitaorang tengok..
|
yeah..dapat jugak snap akhirnya |
Selesai di Sepilok, kitaorang terus ke Kundasang dengan tempat seterusnya Gunung Kinabalu. Sebelum tu, singgah jap kat Kinabalu Park Hotel. Kat sini memang sejuk giler. Nak buang air pun fikir dua kali lantaran airnya yang sejuk.he.he..Hotel ni menarik sebab, tempat kitaorang minum petang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Satu jam kat sini, kitaorang terus bergerak ke Gunung Kinabalu..
|
Pemandangan sebahagian Gunung Kinabalu |
|
minum dulu ( roti bakar pun sedap bila sejuk2 ni) |
|
Bila la nama aku nk ada kt sini agaknya.. |
|
Letih ooo |
1 Februari 2013- Last dayku di Sabah.Sebelum balik, shopping dulu ikan dan udang kering..Tak lupa kopi Tenom yang kaw..8 hariku di Sabah memang tak puas la..Banyak lagi tempat boleh dikunjugi.Insyaaallah, panjang umur, murah rezeki..aku akan kesana lagi. Apepun 8 hari ni, memang seronok dan enjoy..
|
Shopping kopi Tenom |
No comments:
Post a Comment