Saturday, November 2, 2013

TANDA PUTERA-AIR MATA SEORANG PERWIRA



Entri  aku pada kali ini menyentuh berkenaan filem yang mencetuskan kontroversi. Filem yang ditangguhkan tayangannya berikutan beberapa isu yang timbul. Aku tidak mahu berbicara lanjut mengenai filem ini. Kontroversi pun sudah selesai. Tanda Putera yang aku ingin kongsikan di sini adalah mengenai Penganjuran Majlis Pratonton yang aku terlibat sama pelaksanaannya. Ya..aku terlibat sebagai sebahagian daripada AJK majlis ini  dengan dilantik sebagai Ketua AJK Keselamatan. Majlis Pratonton Filem Tanda Putera dibuat pada 22 Ogos 2013 oleh peserta Diploma Pengurusan Awam  ( DPA) siri 1/2013 bertempat di Intan Wilayah Timur ( INTIM). Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu perancangan di bawah Exco Perpaduaan peserta DPA yang mana pengisiaanya bukan hanya tertumpu kepada tayangan semata-mata tetapi disertai dengan forum daripada panel-panel yang terdiri daripada Tan Sri Musa Hassan ( Bekas Ketua Polis Negara ), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam ( Tokoh Sejarah ) dan Datin Paduka Shuhaimi Baba ( Pengarah Filem Tanda Putera). Kesemua panel ini menjadi pengulas dan menerangkan segala isu-isu mengenai filem  termasuklah isu 13 Mei 1969, isu tangguhan penayangan dan isu sejarah mengenai filem ini. Ops lupa pulak nak terangkan sinopsis filem ini..

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakitleukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri. ( WIKIPEDIA)

Bersama AJK Keselamatan sebelum tayangan bermula
Pintu masuk ke dewan

me and wahab
AJK Keselamatan bersama Project Manager, Christine Tan ( Baju Pink)

Rasa teruja menjadi sebahagiaan jawatankuasa program ini kerana kami di INTIM dapat menyaksikan tayangan Tanda Putera ini beberapa hari lebih awal sebelum tayangan-tayangan di pawagam seluruh negara.  He.he. Terima kasih kepada pengarah filem itu sendiri yang bersetuju membenarkan filemnya di tayang secara tertutup kepada peserta DPA.  Semasa Tanda Putera ditayangkan, aku lihat ramai yang menangis termasuklah aku sendiri.He,he. Sejujurnya inilah filem yang berjaya membuat aku menangis buat kali pertamanya saat menonton filem di pawagam. Tidak kusangka bahawa Tun Abdul Razak terlalu banyak berkorban bagi membangunkan Malaysia.

Panel ( dari kiri, Prof Dr Ramlah Adam, Tan Sri Musa Hassan, Shuhaimi Baba dan Moderator hasif)


Selesai tayangan, sesi penerangan mengambil tempat. Kami menjemput panel-panel yang disebutkan di atas untuk mengupas mengenai perjalanan dan isu mengenai filem tersebut. Prof Dr Ramlah Adam mengupas mengenai sejarah 13 Mei 1969, Tan Sri Hassan mengenai keselamatan, undang-undang darurat dan kepolisian. Sementara pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengulas mengenai kekangan serta halangan yang dihadapi oleh beliau saat mengarahkan filem berkenaan. Ternyata sesi bersama panel-panel ini mendapat pujian ramai terutama daripada pihak wartawan yang hadir.

Penganjuran Pratonton Filem Tanda Putera oleh Peserta DPA sangat bermanfaat dan memberi impak yang mendalam dalam diri kami. DPA berjaya mentransformasi minda peserta DPA termasuklah aku.

No comments:

Post a Comment