Saturday, November 30, 2013

JALAN-JALAN SABAH


Sejak aku tak update blog setahun yang lepas..banyak momen yang aku lepaskan. Salah satunya percutiaanku ku ke negeri di bawah Bayu, Sabah. Rugi rasanya kalau tak aku titipkan di sini. Sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun akan datang,  ianya dapat menjadi panduanku untuk mengenang kembali saat indah yang pernah dilalui.

Permit Masuk Sabah
24 Januari 2013- Percutiaanku ke Sabah bersama dengan bosku, En Borhan dan teman setugas, Saiful Nizam. Tepat jam 2.00 petang, kami berlepas dari KLIA terus ke Kota Kinabalu dan tiba tepat jam 4.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh teman En Borhan, Zul Likas. Sampai-sampai terus check in di The Klagan Hotel yang lokasinya terletak di tengah bandar Kota Kinabalu. Rehat lebih kurang 2 jam, kami terus ke Pasar basah atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina. Menariknya tentang pasar ini adalah pelbagai jenis hidupan dan produk hasil laut yang amat segar boleh ditemui di pasar ini.

Klagan Hotel, Kota Kinabalu

Pasar Filipina ( pandangan dari bilik hotel)



Ikan Cencaru
Ikan Merah 
25 Januari 2013- Jam 8.00 pagi selepas bersarapan aku bertolak ke tawau dengan menaiki Toyota Prado kepunyaan Zul Likas. Perjalanan mengambil masa 8 jam sebelum sampai ke Tawau. Fuh jauh giler rasanya. Memang dalam perancangan kami untuk tidak menaiki flight ke Tawau berikutan misi En Borhan mahu membawa kami keliling sabah. Berada begitu lama dalam kereta memang penat. Tapi melihat pemandangan yang begitu unik mengurangkan sedikit kepenatanku. Dapat la tengok Keningau ( kawasan ribut greg 1996). Perjalanan kami berhenti di puncak bukit keningau. Agak sejuk disini dengan suhu 30"c .Selesai minum, perjalanan diteruskan lagi. Kali ni memang bosan. Kanan kiri hutan. Tapi yang paling uniknya di Sabah ni, masjid dan gereja berada berdekatan antara satu sama lain. Alhamdulillah tepat jam 6 petang sampai aku ke Tawau dan menginap di Hotel Marco Polo

Berhenti minum dan buang air kat sini ( menahan sejuk tu)


Berhenti di Maliau Basin ( rehat dan buang air)

Check in di Marco Polo Hotel, Tawau ( hotel ni agak old school)

26 Januari 2013- Bergerak ke Semporna bagi meneruskan misi seterusnya. Destinasi berikutnya adalah jeti Semporna. Yeah.. kami akan ke Pulau Mabul..Segalanya mudah perjalanan kami ini. Sampai di Semporna terus membeli barang-barang keperluan seperti maggi, air minuman dan makanan-makanan ringan. Al maklumlah , kompom la tak ade jual 100 plus kt pulau-pulau macam ni.  Jam 11 pagi, kami bergerak ke pulau Mabul dengan menaiki bot dengan perjalanan memakan masa 45 minit untuk ke sana.
Di hadapan Jeti Semporna

Pakai jaket keselamatan siap-siap
Restoran di Jeti Semporna
Chalet BILLABONG, tempat kami menginap ( air laut kat Pulau Mabul ni memang jernih giler)

27 Januari 2013- Sejuk giler suasana pagi kat sini. Lepas sarapan kami terus  bersiar-siar di perkampungan yang berhampiran chalet kami. Teruja bila melihat perkampungan masyarakat Bajau. Paling menarik bila melihat mereka mengaplikasikan prinsip sains dalam kehidupan harian iaitu air laut ditapis menggunakan kain bagi membolehkan digunakan untuk tujuan minuman, masak dan mandi. Satu lagi, kawasan perkampungan masyarakat Bajau di sini sangat bersih. Sukar sekali untuk melihat sampah dan daun bertaburan di halaman rumah mereka. Masyarakatnya juga mudah tersenyum dan amat menghormati pelancong luar.Menariknya juga, golongan remaja di perkampungan ini menjadikan Basketball sebagai aktiviti sukan sebagai pengisiaan masa lapang mereka. Suasana malam pulak agak sunyi. tapi pemandangan memang seronok la. Sepanjang malam aktiviti kami  adalah berborak dan berkongsi cerita, he.he.

Perkampungan masyarakat Bajau
Sumber air masyarakat Bajau ( air laut dipam terus ke kawasan tadahan) 
 28 Januari 2013- Jam 6.00 pagi, Zul dah ketuk pintu bilik aku. Dah lewat katanya. Lupa pulak aku yang sekarang aku berada di Sabah yang zone waktunya lebih awal dari semenanjung. Lepas solat subuh terus pergi sarapan. Menu pagi ni bihun goreng dan ikan goreng rangup. Perancangan hari ni pergi mandi dan sambung melawat kampung masyarakat Bajau. Baru je nak angkat punggung, sebuah perahu yang dinaiki oleh bajau laut atau lebih dikenali sebagai Palauk menghampiri chalet kami lalu menunjukkan beberapa ekor ketam yang diikat rapi dan sepingggan sotong. Memang fresh giler la hasil laut kat sini. Kitaorang amik keputusan untuk membeli ketam dan sotong berkenaan sebagai lauk untuk makan tengahari nanti. Harga memang murah giler. 2 ikat ketam ( 12 ekor) harganya dalam 30 ringgit je.

ketam dan hasilnya
Bersama kanak-kanak Palauk yang bermain di sekitar chalet kami

29 Januari 2013- Hari terakhir di Pulau Mabul. Macam biasa, bangun pukul 5.30 pagi. Lepas sarapan pagi ikut team Scuba Diving. Walaupun tak ade lesen diving, rugi rasa kalau duduk atas chalet tanpa merendamkan diri di air yang jernih. Mandi manda sekejap sebelum balik..Memang rasa teruja dan takjub dengan keindahan air laut Pulau Mabul yang jernih. Tak payah pakai google pun dah boleh nampak dasarnya yang jernih. Jam 11.30 tengahari meninggalkan Pulau Mabul yang mengamit kenangan yang indah untuk dikenang..


Bye2 Mabul

30 Januari 2013- Destinasi seterusnya Sepilok. Kalau bercerita mengenai Sepilok, sudah tentulah Orang Utan yang tergambar di pemikiran semua orang. Ya..dari Semporna terus tengok orang utan. Tapi sayang kitaorang pergi di luar waktru Orang Utan diberi makan. so..nak jumpa orang utan ketika ni memang payah la seperti yang diberitahu oleh pekerja pusat berkenaan.Mula-mula agak kecewa la..tapi bila on da way nak balik tu, nampak orang utan melintas depan kitaorang..Alhamdulillah..dah rezeki untuk kitaorang tengok..



yeah..dapat jugak snap akhirnya
Selesai di Sepilok, kitaorang terus ke Kundasang dengan tempat seterusnya Gunung Kinabalu. Sebelum tu, singgah jap kat Kinabalu Park Hotel. Kat sini memang sejuk giler. Nak buang air pun fikir dua kali lantaran airnya yang sejuk.he.he..Hotel ni menarik sebab, tempat kitaorang minum petang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Satu jam kat sini, kitaorang terus bergerak ke Gunung Kinabalu..


Pemandangan sebahagian Gunung Kinabalu
                                          
                                                 minum dulu ( roti bakar pun sedap bila sejuk2 ni)
                                      
                                          Bila la nama aku nk ada kt sini agaknya..

Letih ooo

1 Februari 2013- Last dayku di Sabah.Sebelum balik, shopping dulu ikan dan udang kering..Tak lupa kopi Tenom yang kaw..8 hariku di Sabah memang tak puas la..Banyak lagi tempat boleh dikunjugi.Insyaaallah, panjang umur, murah rezeki..aku akan kesana lagi. Apepun 8 hari ni, memang seronok dan enjoy..

Shopping kopi Tenom





PROGRAM ANAK ANGKAT KUALA LIPIS


Salah satu modul dalam kurus Diploma Pengurusan Awam (DPA) adalah modul Kajian Lapangan ataupun penempatan desa. Modul ini juga lebih dikenali sebagai Program Anak Angkat yang mana peserta  DPA menjadi anak angkat kepada kampung-kampung yang telah ditetapkan oleh pihak INTAN. Modul ini kebiasaanya dilaksanakan di penghujung kursus tersebut.

Bagi diriku, modul ini merupakan modul yang paling aku ingati sepanjang hampir 6 bulan menjalani kursus DPA. Kenapa? He.he sudah tentulah modul ini berjaya menarik seribu ingatan, sejuta pengalaman yang mungkin sukar untuk aku perolehi di tempat lain. Untuk rekod, peserta DPA di Intan Wilayah Timur (INTIM) Bil 1/2013 ditempatkan di negeri Pahang sebagai destinasi untuk modul kajian lapangan ini yang mana meliputi daerah Temerloh, Bera, Kuala Lipis dan Jerantut.  Aku telah ditempatkan di daerah Kuala Lipis bersama 60 peserta DPA yang lain. Taktala mendapat tahu destinasi penempatan kajian lapanganku, hati ini terasa lapang dan besyukur kerna awal-awal lagi aku berharap untuk mendapat kawasan dan keluarga angkat yang luar dari kebiasaanku. Maksudnya menjadi hasratku untuk di tempatkan di kawasan yag tidak pernah aku sampai dan menawarkan sesuatu yang menarik untuk diingati. 

Modul kajian lapangan atau penempatan desa bermula pada hari selasa 12 November 2013. Perjalanan dari INTIM ke Kuala Lipis memakan masa lebih kurang 5 jam. Sebaik sahaja sampai pada jam 3.00 petang, kami dibawa ke dewan orang ramai di bandar Lipis untuk program perasmiaan dan penyerahan keluarga angkat. Hati ini berdebar taktala memasuki dewan. Semakin berdebar bila wakil INTAN mengumumkan siapa yang bakal menjadi keluarga angkatku.  Akhirnya sampi giliran namaku disebut dan aku diperkenalkan dengan ayah angkatku. Beliau bernama Abdul Rahman bin Lebai Indil dari Kg Kuala Kenong , Lipis. Beliau merupakan pengerusi JKKK merangkap Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong dan juga imam Masjid Kuala Kenong.He. he banyak betul jawatan. Selain dari aku, terdapat 3 lagi ahli kumpulanku ditempatkan di kampung berkenaan iaitu Fazli, Khairiah dan Mardhiah. Selepas sesi penyerahan anak angkat aku terus dibawa ke kampung tersebut. Bila mendengar suara ayah angkatku meminta mengambil jaket keselamatan di bonet kereta beliau, apa yang tergambar di hadapanku adalah perlu melalui jalan air. Apabila kereta sampai di jeti Kuala Kenong, hati ini sedikit gementar dengan apa yang bakal aku lalui. Hati sedikit gelisah tetapi teruja taktala mengetahui diri ini berpeluang merasai pengalaman menaiki bot melalui sungai Pahang sebelum sampai ke rumah. Rumah ayah angkatku di seberang sungai Jelai ( sebahagian dari sungai Pahang). 

di jeti Kg Kuala Kenong ( sebelum naik bot)

amik mood sikit..


Sampai sudah ke jeti seberang
Perjalanan dari jeti ke rumah ayah angkatku memakan masa 5 minit perjalanan menaiki bot. Sampai sahaja di jeti seberang , aku menaiki motorsikal pula untuk ke rumah keluarga angkat. Memang mencabar minda dan fizikal. Tapi rasa seronok mengatasi segala-galanya. Sebaik sampai di rumah aku di sambut oleh mak angkatku, Pn Jamilah. Perkahwinan mereka dikurniakan seramai 9 orang anak ( 3 lelaki, 6 orang perempuan) yang berumur di antara 22 hingga 10 tahun. Keluarga angkatku sangat ramah orangnya hinggakan aku tidak berasa canggung untuk berada di rumah tersebut.
naik motor sambil pakai jaket keselamatan..yeah
Rumah ayang angkat

Rabu 13 November 2013- Ayah angkatku membawa aku bersama fazli, khairiah dan mardhiah ke Sekolah Kebangsaan Kenong bagi menghadiri majlis anugerah cemerlang ataupun penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang sekolah berkenaan. Uniknya, Sekolah Kebangsaan Kenong diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) yang mana sekolah berkenaan mempunyai murid seramai 17 orang daripada darjah 1 hingga darjah 6. Sementara  guru pula seramai 16 orang. Kami diperkenalkan kepada Guru Besar sekolah berkenaan, En Mohammad Sidek Bin Mohammad yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran ke Taiwan. Adik angkatku, Adila di pilih sebagai tokoh pelajar sekolah berkenaan. Balik dari program berkenaan, aku terus ke rumah ayah angkat fazli yang bersebelahan dengan rumah ayah angkatku. Ayah angkat Fazli yang ku panggil Pak Long mempelawaku untuk makan nasi yang terkenal di daerah Lipis iaitu Nasi Keduli. Nasi ini berwarna kuning seakan-akan pulut kuning dan dihidangkan bersama dengan ayam goreng. Rasanya memang sedap dan sedikit berlemak. Sambil  makan puas aku mendengar penerangan Pak Long berkenaan nasi tersebut. He.he.
Majlis Penyampaian hadiah
Kesemua murid yang ada di sekolah kuala kenong
Keluargaku ( balik dari sekolah)
Khamis 14 November 2013- Jam 9.00 pagi aku bersama ahli kumpulanku pergi ke bandar Lipis bagi membincangkan program Community Social Responsibility (CSR) dan perbincangan mengenai tugasan kajian yang diberikan oleh INTAN kepada kami. Bagi modul ini, tajuk kajian yang kami perolehi adalah Potensi Pelancongan di daerah Lipis. Alhamdulillah, aku di permudahkan olehNYA apabila tajuk mengenai perlancongan ini bertepatan dengan penempatanku di Kg Kuala Kenong. Dengan dibantu oleh ayah angkatku, kami telah pergi ke agensi pelancongan yang terkenal di daerah Lipis, Tuah Travel bagi mendapatkan sedikit gambaran dan maklumat mengenai produk pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan.

Bersama En Hassan Tuah, owner Tuah Travel
Bersama ahli kumpulanku


1926...salah satu bangunan besejarah di Lipis

huh.,lambatnya keretapi ni 
dari kiri: Khai, Fadzli, Amir, Aku dan Mar
Jumaat 15 November 2013- aktiviti hari ini lepak di rumah sambil buat assignment. Pukul 12.50 tengahari menaiki bot untuk solat jumaat di masjid Kg Kuala Kenong. Di Kg ini segalanya bergantung kepada pengangkutan air untuk melaksanakan aktiviti harian termasuklah menunaikan ibadah.Pertama kali dalam hidup aku menaiki bot untuk menunaikan solat jumaat. Sememangnya masyarakat di Kg Kenong gigih dalam menguruskan kehidupan mereka. Menurut ayah angkatku, jemaah yang menunaikan solat jumaat di Masjid Kg Kuala Kenong kebiasaanya kurang daripada 40 orang jemaah. Namun memandangkan, masjid yang berhampiran pun agak jauh, solat jumaat diteruskan di masjid tersebut setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri.
mak cik..nak saya tolong tak...



sebelum solat jumaat

Sabtu 16 November 2013- Gotong royong memasak bubur assyura di Masjid Kuala Kenong. Bermula pukul 7.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari.  Memang seronok dapat bergaul dengan penduduk kampung yang sangat ramah dan mengalu-alukan kehadiran kami sebagai anak angkat kampung. Jam 5.00 petang bergerak ke Seberang Jelai, Padang Tungku ( jalan menghala ke Gua Musang) tumpang menginap di rumah keluarga angkat Amir ( ahli kumpulan kami) memandangkan pada keesokan paginya kami akan melaksanakan program Community Social Responsibility (CSR) di Kg Kechau dan agak sukar untuk aku bergerak dari Kuala Kenong di samping tidak mahu menyusahkan keluarga angkatku.

kacau  kuat-kuat sikit bang..

Ahad 17 November 2013- Program Community Social Responsibility (CSR) memasak bubur assyura peserta DPA bersama penduduk setempat di Kg Kechau. Aktiviti memasak bubur kali ini memang agak mencabar dari segi fizikal. Jika di Kg Kuala Kenong, memasak bubur assyura memakan masa hanya 4 jam, di Kg Kechau pula mengambil masa sehingga 9 jam. Lain tempat lain caranya. Apepun layan je. He.he. Selesai memasak bubur, pada jam 5.00 petang, diadakan upacara ringkas, sumbangang barangan masjid daripada peserta DPA kepada penduduk kampung berkenaan daan upacara simbolik menanam pokok oleh wakil INTAN dan peserta DPA. Kesimpulan untuk hari ini memang penat dan memenatkan. (^^)..


senyum dalam kepanasan

program sampingan tanam pokok sebagai tanda kenangan

Isnin 18 November 2013- Jam 10.00 pagi ke Pejabat Daerah Lipis bagi menghadiri taklimat mengenai daerah Lipis yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, En Rusdi. Tapi yang lebih mengujakan dapat berjumpa dengan rakan-rakan peserta DPA yang lain . Masing-masing bersemangat menceritakan tentang pengalaman berada di rumah keluarga angkat. Ada yang rakan yang gembira berada di kampung yang ditempatkan, tidak kurang juga yang mengharapakan agar program anak angkat ini berakhir dengan cepat. He.he. Selesai taklimat, aku bersama kumpulanku menyiapkan tugasan kajian. Alhamdulillah..siap akhirnya setelah mengerah minda hingga ke jam 12.00 malam.

Sesi taklimat dan perbincangan

Perbincangan dengan Pejabat Hutan Daerah Lipis

Selasa 19 November 2013- Lepak sepanjang hari di rumah...

Rabu 20 November 2013- melawat Taman Rimba Kenong bersama dengan ayah angkat dan ahli kumpulanku yang lain. Sambil menyelam minum air, lawatan ini penting bagi mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai Taman Rimba Kenong yang juga menjadi tajuk kajian kami. Taman ini amat berpotensi untuk menjadi produk pelancongan pada masa akan datang. Tapi entah di mana silapnya, produk pelancongan ini dibiarkan seolah-olah kurang penyelengaraan daripada pihak yang berkenaan. Taman ini terkenal dengan keunikan gua batu kapurnya yang mana terdapat lebih kurang 9 jenis gua batu kapur iaitu Bukit Kesong, Gua Batu Tangkup, Gua Telahup, Gua Batu Tangga, Gua Harimau, Gua Buta dan beberapa yang lain.



laluan bawah gua batu kapur ( sangat sejuk di sini)

jambatan gantung yang pernah popular suatu ketika dulu

kawasan gua batu kapur yang unik

dalam gua

Dihadapan signboard Taman Rimba Kenong

Khamis 21 November 2013- Pembentangan di Pejabat Daerah Lipis pada jam 9.00 pagi. Giliran kumpulan kami adalah yang ke 5. Secara keseluruhannya, pembentangan kami mendapat pujiaan daripada panel penilai dengan komen yang memberangsangkan. Cuma beberapa penambahbaikan perlu di lakukan bagi memantapkan kajian lapangan kami. Beberapa data dan sedikit engagement dengan pihak yang terlibat dalam kajian kami perlu dilaksanakan dengan lebih komprehensif. Apepun, lega sebab dah selesai presentation yang juga merupakan presentation terakhir aku dalam DPA..

Jumaat 22 November 2013- Hari terakhir Modul Kajian Lapangan.Hari terakhir aku di Kampung Kuala Kenong. Hari terakhir aku bersama keluarga angkatku. Bangun je pada pukul 6.00 pagi, tiba-tiba rasa masa sedih pulak nak tingalkan tempat ni. Walaupun cuma 10 hari aku berada bersama keluarga angkatku, tapi perasaan menjadi sebahagian daripada mereka cukup menebal dalam hati ini. Aku dihadiahkan dengan sehelai sejadah oleh ayah angkatku sebagai tanda kenangan. Beliau berpesan " Alif, kalau sudi gunakanlah sejadah ini sebagai sejadah harian. Dengan cara ini Alif pasti akan ingat kami di sini" Sebak pulak aku dengar pesanan beliau. Sebelum keluar rumah aku sempat memberikan keluarga ini dengan sebingkai gambarku bersama dengan mereka dengan ucapan dibawahnya..Bye2 KENONG..Bye2 KUALA LIPIS. akan ku kenang hingga ke akhir hayatku.. Insyaallah..



Majlis Penutup Program

Gambar yang kuhadiahkan kepada mereka