Friday, December 27, 2013

EVOLUSI BERAT BADANKU

" si kurus..tolong cikgu ambil buku kt bilik guru"

haaa.. ni dialog yang aku masih ingat yang dilontarkan oleh cikgu matematik aku semasa aku tingkatan 2..kecik ati aku masa tu..hu.hu

" abang..kalau abang berisi sikit kan best"

Ha.ha..ni dialog bini aku ketika kitaorang bercinta...sian dia..nak pakwe badan mcm aaron aziz kot..

" wei tulang bergerak"

ni pulak kakak kedua aku melontarkan idea bernasnya mengenai tubuh aku..huwaaaaa..

Ni semua antara momen-momen yang aku paling ingati bila bercerita mengenai tubuh badan aku. Sebenarnya kan..dulu aku ade rasa rendah diri la pasal badan aku yang tak naik-naik ni.Memang BMI tak sesuai la dengan usia dan ketinggian yang aku miliki. Macam-macam benda aku pernah buat semata-mata nak bagi badan ni berisi dan nampak sedap mata memandang. Tapi semuanya gagal..ha.ha. Last-last aku biarkan je perkara ni berlalu. Dah jadi lali bila org ckp aku keding la..kurus la..akhirnya Mak aku berpesan..

"jangan risau lip..esok kau kawin gemuk la.kalau kurus pun tak pe.janji sihat. "

Pesan mak aku nilah aku jadikan pegangan sehinggalah sekarang.. Sekarang aku dh tak kisah. gomuk ko..kurus ko..hentam saja la..

Kat bawah ni gambar aku dari kecil sampai la besar disertakan sekali dengan berat badan yang berevolusi dari tahun ke tahun

ni masa aku 3 tahun ( dalam 11 kg je)
17 kg masa umur aku 5 tahun

Aku ( berdiri 7 dari kanan di barisan belakang sekali) 21 kg masa ni
budak kurus pakai baju batik warna merah aku la tu..
masa ni aku 9 tahun dengan berat 25 kg.hu.hu

Begitulah pertambahan berat badan aku masa aku baru lahir sehinggala umur aku 9 tahun. Tengok pola pertumbuhan aku dalam masa 9 tahun agak perlahan kan? Bukan mak ayah aku tak bagi makan tau.Tapi memang aku susah nak gemuk walaupun makan banyk.hu.hu.

Pendekkan la cerita...so kat bawah ni pulak masa aku muda remaja..

20 tahun ( 52 kg masa aku studi kt UiTM)

56 kg @ 22 tahun ( aku dengan awek aku (dh jadi bini aku skrg )
masa aku mula2 keja ( 24 tahun berat 58 kg)

Masa aku baru kawin. ni mencanak naik berat aku, 65 kg @ 26 tahun



Begitulah serba sedikit tentang kadar pertumbuhan aku. Memang betul cakap mak aku kan..Sayang mak..he.he. Sekarang ni aku maintain je. Biarkan berlalu mengikut prosesnya.



1 comment:

  1. Haha..kakak kedua ade cakap ek..hehe..macho sudahh ini orang..alon aziz kan..u look handsome today..

    ReplyDelete