Monday, November 15, 2010

Doa Di tetapkan iman

Doa Ditetapkan Iman

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”

(Surah Ali Imraan [3]: 8



Improving Government Delivery Systems

"ok urusan isi borang dh selesai, tapi Mak Cik kena pergi ke unit Hasil untuk urusan pembayaran ye"

"kat mana unit hasil tu nak?'

" mak cik jalan terus, naik tangga, pergi ke tingkat dua ye, lepas dah bayar datang sini balik tunjukkan resit, kami daftarkan pindahmilik tanah mak cik ye"

" kat sini tak boleh bayar ke nak..mak cik tak larat la nak naik tangga"

" tak boleh la mak cik, unit kami tak terima bayaran, mak cik kena bayar jugak kat unit hasil"


Ini adalah senario yang sering kita lihat, dengar dan berlaku di jabatan-jabatan kerajaan terutamanya Pejabat Tanah berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan dalam berurusan dengan orang ramai/orang awam. Kelemahan yang paling ketara adalah berkenaan dengan perkhidmataan atau sistem penyampaian kerajaan /Government Delivery Systems (GDS) terhadap rakyat. Selama lebih setahun aku bekerja di jabatan kerajaan ni, perkara seumpama ini kerapkali berlaku. Selalunya orang mengaitkan jabatan kerajaan ni lembap, pemalas dan makan gaji buta je. Layanan yang diberikan juga adalah teruk, kurang berbudi bahasa dan berbagai lagilah benda yang negatif. Aku kesian tengok mak cik2 yang diusia emas terpaksa berurusan dibanyak tempat walhal urusan tersebut boleh diselesaikan disatu tempat je. Sering kali aku dijadikan sasaran mereka, " Encik Alif, mak cik penat la naik tangga tadi, tak boleh ke buat kat bawah?" hai..kadang-kadang terpaksalah aku telan sebab aku tau banyak kelemahan kat government delivery system ni.

Walaubagaimanapun, suatu masa nanti, rungutan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan dapat dikurangkan ataupun mungkin boleh dihapuskan..Perlaksanaan Goverment Transformation Program ( GTP)/ Program Transformasi Kerajaan menjadi pemangkin kepada masalah GDS ni. Sebagai contoh, Pejabat Tanah diseluruh Daerah Negeri Sembilan telah melaksanakan sistem e-tanah yang bertindak sebagai One Stop Centre dimana semua urusan boleh dilakukan disatu tempat ( kaunter yang sama) sahaja. Layanan terhadap pelanggan juga dititik beratkan dimana terdapat borang kaji selidik yang disediakan untuk pelanggan mengisi borang tersebut. Borang tersebut boleh menjadi kayu pengukur sejauh manakah layanan Kakitangan Kerajaan terhadap pelanggan ataupun orang awam yang berurusan dengan mereka. Cuma, sistem e-tanah ni mungkin mengambil masa sedikit la untuk berfungsi dan berkesan dengan sepenuhnya..Biasalah Istana tidak dibina dalam masa sehari kan..

Lepas ni, aku berharap tak de la mak cik2 yang merungut dan meluahkan ketidakpuashatiaan diaorang kat aku lagi ye.he.he sian kalian semua..

Sunday, November 14, 2010

Persoalan Tanah

15 september 2010, sudah 1 tahun 3 bulan aku bertugas sebagai Pembantu Undang-Undang ( PUU) di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Negeri Sembilan. Menjalankan tugas sebagai PUU memerlukan aku untuk menjawab segalan persoalan berkaitan perundangan dan penguatkuasaan tanah terutama permasalahan dan pertanyaan daripada orang awam mengenai hal ehwal tanah. Baru-baru ni aku ada menerima email pertanyaan daripada orang awam yang bernama Encik Razak. Beliau mengemukakan satu persoalan yang penting yang mana perkara ini juga perlu diberi perhatian kepada semua individu yang ingin memiliki aset hartanah ( membeli rumah). Anda pasti pernah mendengar dan melihat perkataan Freehold/Pegangan Bebas dan Leasehold/Pajakan ketika hendak membeli rumah ataupun di poster-poster/iklan2 perumahan.Jadi, ape sebenarnya maksud Kedua-dua Perkataan ini.Disini aku merakamkan semula soalan yang Encik Razak kemukakan dan ape yang aku jawab mengenai kedua-dua terma tersebut.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pajakan tanah 99 tahun?


Pegangan tanah mempunyai dua jenis iaitu Freehold atau pegangan bebas dan Leasehold iaitu pajakan. Sesuatu pajakan tanah boleh menjadi jadi 99 atau 999 atau 60 tahun. Pajakan Tanah 99 tahun adalah satu bentuk pemberimilkan ( pemberiaan) tanah oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri kepada seseorang individu ataupun kumpulan bagi tempoh selama 99 tahun atau tidak melebihi tempoh tersebut.. Rasional peruntukan ini supaya membolehkan Kerajaan membuat perancangan gunatanah semula bagi kawasan berkenaan yang mungkin berlainan daripada kegunaan dan pemilikan sekarang, apabila tamat tempoh pegangan hakmilik. Dengan ini, Kerajaan tidak perlu menyediakan peruntukan yang besar untuk mendapatkan semula tanah apabila hendak membangunkan semula tanah berkenaan di masa akan datang, selaras dengan keperluan pembangunan di masa itu. Seksyen 76 (aa) (iii) KTN menyatakan di mana pemberimilikan tanah secara pegangan kekal/ freehold boleh diberi hanyalah setelah kerajaan negeri berpuashati bahawa terdapat keadaan istimewa Jadi secara jelasnya, pajakan 99 tahun adalah berkenaan apabila tamat tempoh tersebut (99 tahun), kerajaan akan mengambil balik tanah tersebut untuk perancangan pembangunan dengan diberi pampasan


2. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pemilik tanah setelah tempoh pajakan hampir tamat?

Prosedur ataupun tindakan yang perlu diambil oleh pemilik tanah setelah tempoh pajakan hampir tamat adalah dengan cara memohon tempoh lanjutan iaitu melibatkan beberapa langkah antaranya adalah:

a) Bawa salinan geran tanah ke Pejabat Tanah Daerah
b) Buat carian rasmi terhadap status tanah tersebut
c) Semak status tanah tersebut iaitu semak bila tamat tempoh pajakan tanah tersebut
d) Buat permohonan untuk melanjutkan tempoh
e) Isi borang 12A
f) Lain-lain borang yang pejabat tanah kehendaki.

3. Adakah pemilik tanah layak memperolehi semula tanah berkenaan atau tanah akan diambil semula oleh pihak kerajaan?

Berdasarkan undang-undang, apabila tamat tempoh pajakan iaitu 99 tahun atau suatu tempoh yang dinyatakan, kerajaan berhak untuk mengambil semula tanah yang diberihakmilik apabila tanah tersebut tamat tempoh pegangan hakmilik. Berkenaan isu samada pemilik tanah layak ataupun tidak memperolehi semula tanah berkenaan adalah bergantung sepenuhnya kepada kuasa dan budi bicara kerajaan dalam memberi atau menyambung pajakan seperti yang dikehendaki oleh pemilik tanah. Walaubagaimanapu, kebiasaanya, kerajaan akan melanjutnya tempoh pajakan sekiranya pemilik tanah membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan keatas tanah tersebut. Jarang sekali berlaku kerajaan tidak menayambung kembali tempoh pajakan tersebut.

Freehold dan Leasehold merupakan dua perkara penting ketika kita hendak membeli rumah. Memandangkan membeli rumah merupakan langkah yang besar dalm hidup dan kerjaya kita, seharusnya kita perlu memastikan segala perkara yang menjamin kebajikan kita kemudian hari dapat di beri perhatian yang teliti. Pada pandangan saya, lebih molek untuk membeli rumah dengan taraf Pegangan bebas ( Freehold) daripada Pajakan ( Leasehold) kerana ianya boleh menjamin kebajikan untuk generasi seterusnya.

MY NAME IS KHAN


"My Name is Khan is about a Muslim who suffers from the Asperger syndrome, a form of autism that impact social interactions abilities, and he is arrested as a suspected terrorist in post 9/11 Los Angeles after authorities mistake his disability for suspicious behavior .

















Filem Hindi atau lebih tepat Bollywood kian bercambah dan meluaskan populariti sama seperti Hollywood.Walaupun badanku macam papan playwood, aku jarang meminati filem2 keluaran bollywood.Pada pandangan aku, almost all the Bollywood films mempunyai corak penceritaan yang sama.Menyanyi di taman, heroin yang cantik, hero yang tegap dan mampu membelasah berpuluh2 penjahat yang menganggu kekasih hatinya telah menjadi trademark filem bergenre percintaan ni sejak zaman berzaman.

But..now..i should change my perception about bollwyood films. Semuanya selepas aku menonton filem bolywood yang bertajuk MY NAME IS KHAN. Sebuah filem yang unik dan lain daripada yang lain..for me..i can conclude that, It is a very touching and valuable movie i've ever seen!

Friday, November 12, 2010

Cepatnya masa berlalu


Masa berlalu begitu pantas..rasanya mcm baru semalam je masuk sekolah tadika ( he.he agak-agak la)..tahun berganti tahun, dah hampir 24 tahun dah usia aku.Satu usia yang matang kot..Sepanjang hidup selama 24 tahun ni mcm2 dh aku lalui..pahit manis, sakit,kasih sayang, semuanya menjadi rencah dalam kehidupan ni. Alhamdulillah, aku bersyukur kepad Allah coz diberikan kesempatan untuk bernafas dan menghirup kenikmatan rezeki walaupun kadang-kadangkala aku terleka dan lalai untuk mengingatinya..Bersyukur ku kehadratnya kerana perjalanan hidupku dimuka bumi ni dimudahkan olehnya..Terima Kasih ya Allah..