Sunday, November 14, 2010

Persoalan Tanah

15 september 2010, sudah 1 tahun 3 bulan aku bertugas sebagai Pembantu Undang-Undang ( PUU) di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Negeri Sembilan. Menjalankan tugas sebagai PUU memerlukan aku untuk menjawab segalan persoalan berkaitan perundangan dan penguatkuasaan tanah terutama permasalahan dan pertanyaan daripada orang awam mengenai hal ehwal tanah. Baru-baru ni aku ada menerima email pertanyaan daripada orang awam yang bernama Encik Razak. Beliau mengemukakan satu persoalan yang penting yang mana perkara ini juga perlu diberi perhatian kepada semua individu yang ingin memiliki aset hartanah ( membeli rumah). Anda pasti pernah mendengar dan melihat perkataan Freehold/Pegangan Bebas dan Leasehold/Pajakan ketika hendak membeli rumah ataupun di poster-poster/iklan2 perumahan.Jadi, ape sebenarnya maksud Kedua-dua Perkataan ini.Disini aku merakamkan semula soalan yang Encik Razak kemukakan dan ape yang aku jawab mengenai kedua-dua terma tersebut.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pajakan tanah 99 tahun?


Pegangan tanah mempunyai dua jenis iaitu Freehold atau pegangan bebas dan Leasehold iaitu pajakan. Sesuatu pajakan tanah boleh menjadi jadi 99 atau 999 atau 60 tahun. Pajakan Tanah 99 tahun adalah satu bentuk pemberimilkan ( pemberiaan) tanah oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri kepada seseorang individu ataupun kumpulan bagi tempoh selama 99 tahun atau tidak melebihi tempoh tersebut.. Rasional peruntukan ini supaya membolehkan Kerajaan membuat perancangan gunatanah semula bagi kawasan berkenaan yang mungkin berlainan daripada kegunaan dan pemilikan sekarang, apabila tamat tempoh pegangan hakmilik. Dengan ini, Kerajaan tidak perlu menyediakan peruntukan yang besar untuk mendapatkan semula tanah apabila hendak membangunkan semula tanah berkenaan di masa akan datang, selaras dengan keperluan pembangunan di masa itu. Seksyen 76 (aa) (iii) KTN menyatakan di mana pemberimilikan tanah secara pegangan kekal/ freehold boleh diberi hanyalah setelah kerajaan negeri berpuashati bahawa terdapat keadaan istimewa Jadi secara jelasnya, pajakan 99 tahun adalah berkenaan apabila tamat tempoh tersebut (99 tahun), kerajaan akan mengambil balik tanah tersebut untuk perancangan pembangunan dengan diberi pampasan


2. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pemilik tanah setelah tempoh pajakan hampir tamat?

Prosedur ataupun tindakan yang perlu diambil oleh pemilik tanah setelah tempoh pajakan hampir tamat adalah dengan cara memohon tempoh lanjutan iaitu melibatkan beberapa langkah antaranya adalah:

a) Bawa salinan geran tanah ke Pejabat Tanah Daerah
b) Buat carian rasmi terhadap status tanah tersebut
c) Semak status tanah tersebut iaitu semak bila tamat tempoh pajakan tanah tersebut
d) Buat permohonan untuk melanjutkan tempoh
e) Isi borang 12A
f) Lain-lain borang yang pejabat tanah kehendaki.

3. Adakah pemilik tanah layak memperolehi semula tanah berkenaan atau tanah akan diambil semula oleh pihak kerajaan?

Berdasarkan undang-undang, apabila tamat tempoh pajakan iaitu 99 tahun atau suatu tempoh yang dinyatakan, kerajaan berhak untuk mengambil semula tanah yang diberihakmilik apabila tanah tersebut tamat tempoh pegangan hakmilik. Berkenaan isu samada pemilik tanah layak ataupun tidak memperolehi semula tanah berkenaan adalah bergantung sepenuhnya kepada kuasa dan budi bicara kerajaan dalam memberi atau menyambung pajakan seperti yang dikehendaki oleh pemilik tanah. Walaubagaimanapu, kebiasaanya, kerajaan akan melanjutnya tempoh pajakan sekiranya pemilik tanah membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan keatas tanah tersebut. Jarang sekali berlaku kerajaan tidak menayambung kembali tempoh pajakan tersebut.

Freehold dan Leasehold merupakan dua perkara penting ketika kita hendak membeli rumah. Memandangkan membeli rumah merupakan langkah yang besar dalm hidup dan kerjaya kita, seharusnya kita perlu memastikan segala perkara yang menjamin kebajikan kita kemudian hari dapat di beri perhatian yang teliti. Pada pandangan saya, lebih molek untuk membeli rumah dengan taraf Pegangan bebas ( Freehold) daripada Pajakan ( Leasehold) kerana ianya boleh menjamin kebajikan untuk generasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment