Sunday, May 18, 2014

XPDC GUNUNG ANGSI


Aku ni bukanlah seorang yang terlalu minat dengan adventurous activitiy. Tapi akan melakukan jika terlintas dalam hati aku nak buat benda tu. So, khamis lepas aku join satu ekspedisi mendaki sebuah gunung yang terletak di daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan iaitu Gunung Angsi. Ekspedisi ni anjuran agensi keselamatan di Kuala Pilah di bawah Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD). Matlamat utama ekspedisi ini adalah untuk tujuan pemantauan keselamatan laluan mendaki yang berisiko di sepanjang laluan mendaki di gunung tersebut. Pemantauan ini perlu kerana berdasarkan penerangan daripada Pejabat Perhutanan Kuala Pilah, setiap hari akan ada ekspedisi mendaki Gunung Angsi daripada pendaki di seluruh pelosok tanah air. Jadi mana-mana laluan berisiko ( pokok tumbang, tanah runtuh, semak samun) harus dipantau dan dibersihkan jika perlu.

Menunggu ketibaan pendaki lain
 Untuk fakta, berikut adalah informasi mengenai Gunung Angsi yang aku ambil dari Wikipedia.

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun,

Pendakian kitaorang hanya mengambil masa 2 jam setengah.. Bermula pada jam 9.30 pagi dan sampai ke puncak pada jam 12.00 tengahari. Cepat kan..Mana taknya..kat belakang aku semuanya abang-abang JPAM dan BOMBA yang fit-fit belaka. So kurang la masa rehat tu. Banyak rehat kena tinggal la aku jawabnya.

Mendengar taklimat sebelum mendaki



Permulaan pendakiaan






Sebenarnya ni kali kedua aku mendaki Gunung Angsi. Last aku mendaki pada tahun 2012 dalam satu program Lead Camp kelolaan INTAN bersama JPAM. Masa tu aku ambil masa 4 jam untuk sampai ke puncak. Tapi kali ni cepat pulak..he.he.Pemandangan sepanjang laluan biasa-biasa je tapi bila sampai satu checkpoint yang dinamakan Waterfall View agak berubah berbanding pendakiaan aku yang lepas. Kat checkpoint tu aku dapat tengok perubahan bandar senawang yang sangat pesat membangun. Di Checkpoint Reservoir View pulak memang cantik, dari jauh dapat tengok empangan Sungai Trip ibarat sebuah tasik


Empangan Sg Trip, Seremban dari kejauhan


Bandar Senawang yang semakin besar

Pukul 12.00 tengahari sampai kat puncak Gunung Angsi. Lega giler..Kat puncak ni aku rehat sampai pukul 1.30 petang sementara menunggu pendaki yang belum sampai. Pendakian menurun paling mencabar sebab kitaorang tak guna laluan yang sama semasa mendaki. Laluan menurun ni banyak lalu kawasan sungai. 

akhirnya sampai..



Bergambar beramai-ramai di puncak sebelum turun

Laluan menurun di Bukit Botak yang agak mencabar

Laluan menurun yang paling mencabar adalah di Bukit Botak. Nasib baik tak hujan, kalau tak, memang sukar untuk turun dengan keadaan bukit tu yang licin. Alhamdulillah, tepat jam 5 petang aku dah sampi ke bawah..Sampai je terus cari nasi dan makan sampai tak ingat dunia.Lapar beb.

Sunday, May 4, 2014

BAHAYA COMANGO





Sabtu lepas aku menghadiri satu program anjuran Gabungan NGO-NGO Kuala Pilah bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Program ini berkenaan dengan bahaya COMANGO kepada umat islam. COMANGO ni maksudnya Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau dalam bahasa Melayunya  Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia yang merupakan sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva.

COMANGO ni sangat bahaya kepada umat islam berikutan tuntutan yang dikemukakan kepada badan dunia yang bertentangan dengan norma-norma islam dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.

Antara tuntutan COMANGO adalah seperti Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Kesan-kesan COMANGO terhadap Perlembagaan Islam ( SUMBER ISMA)


Tuntutan COMANGO ini ditentang oleh NGO-NGO Islam terutamanya Pertubuhan-pertubuhan Islam yang mana mereka mengatakan bahawa perbuatan ini tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia. 

Sebuah pertubuhan islam yang diwakili bekas Timbalam Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Ustaz Nasharudin Bin Mat Isa yang dinamakan MuslimUPRo sangat giat menentang tuntutan COMANGO . Tindakan ini sebagai satu tindakan responsif terhadap Tuntutan-tuntutan mengarut yang dibuat oleh NGO-NGO di bawah gabungan COMANGO

tandatangan kat banner bantah COMANGO





ustaz Nasha yang bersemangat





Bagi aku program ini amat bermanfaat untuk dilaksanakan demi memberi pemahaman kepada masyarakat khususnya yang berada di luar bandar. Sempat berjumpa dan bergambar dengan Ustaz Nasha. Beliau seorang yang amat mesra untuk diajak berbual. Dalam ceramah beliau juga ada menyatakan yang penerangan tentang ceramah ini harus diperluaskan ke seluruh kawasan khususnya di kampung-kampung agar maklumat ini sampai ke pengetahuan masyarakat.

Perjuangan Ustaz Nasha ini wajar di sokong dan wajib kita sebagai umat islam membantu beliau dan rakan-rakan dalam NGO-NGO islam selagi kita mampu. 


Sempat tarik ustaz nasha..he.he


C