Sunday, May 4, 2014

BAHAYA COMANGO





Sabtu lepas aku menghadiri satu program anjuran Gabungan NGO-NGO Kuala Pilah bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Program ini berkenaan dengan bahaya COMANGO kepada umat islam. COMANGO ni maksudnya Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau dalam bahasa Melayunya  Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia yang merupakan sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva.

COMANGO ni sangat bahaya kepada umat islam berikutan tuntutan yang dikemukakan kepada badan dunia yang bertentangan dengan norma-norma islam dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.

Antara tuntutan COMANGO adalah seperti Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Kesan-kesan COMANGO terhadap Perlembagaan Islam ( SUMBER ISMA)


Tuntutan COMANGO ini ditentang oleh NGO-NGO Islam terutamanya Pertubuhan-pertubuhan Islam yang mana mereka mengatakan bahawa perbuatan ini tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia. 

Sebuah pertubuhan islam yang diwakili bekas Timbalam Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Ustaz Nasharudin Bin Mat Isa yang dinamakan MuslimUPRo sangat giat menentang tuntutan COMANGO . Tindakan ini sebagai satu tindakan responsif terhadap Tuntutan-tuntutan mengarut yang dibuat oleh NGO-NGO di bawah gabungan COMANGO

tandatangan kat banner bantah COMANGO





ustaz Nasha yang bersemangat





Bagi aku program ini amat bermanfaat untuk dilaksanakan demi memberi pemahaman kepada masyarakat khususnya yang berada di luar bandar. Sempat berjumpa dan bergambar dengan Ustaz Nasha. Beliau seorang yang amat mesra untuk diajak berbual. Dalam ceramah beliau juga ada menyatakan yang penerangan tentang ceramah ini harus diperluaskan ke seluruh kawasan khususnya di kampung-kampung agar maklumat ini sampai ke pengetahuan masyarakat.

Perjuangan Ustaz Nasha ini wajar di sokong dan wajib kita sebagai umat islam membantu beliau dan rakan-rakan dalam NGO-NGO islam selagi kita mampu. 


Sempat tarik ustaz nasha..he.he


C





No comments:

Post a Comment