Thursday, January 2, 2014

SUKAR HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN?

Tertarik dengan satu artikel ni..:



menarik arikel di atas untuk dibaca dan dibuat gambaran betapa kenaikan kos sara hidup di Malaysia yang semakin naik kebelakangan ini betul-betul menekan masyarakat kita. Memang agak terasa la..apetah lagi aku yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari dengan jarak 100 km. Peruntukan untuk kos minyak memang terpaksa dilebihkan setiap bulan.

Tapi bila tadi aku borak-borak dengan seorang staff di sebuah jabatan kerajaan di daerah Jelebu, aku rasa gaji kecik atau besar bukan ukuran sebenarnya. Tapi cara hidup kita berbelanja memainkan peranan yang sangat penting. Untuk makluman staff tu merupakan Pekerja Rendah Awam ( PRA Gred R1) yang berkhidmat hampir 31 tahun dalam kerajaan. Ini antara yang sempat aku capture..


" Dulu kan en alif gaji saya RM 300 je masa awal-awal masuk kerja.. Lepas tu naik la sikit beberapa tahun  lepas tu jadi RM 650..( Pak cik PRA). Tapi rasa cukup je sebab saya hidup dengan gaya orang gaji RM 650. Pergi keja naik moto, rokok tak isap, baju sekolah anak-anak isteri saya yang buatkan ( pak cik ni  ramai anak perempuan). Kelengkapan sekolah pulak beli setahun sekali. Anak-anak saya pulak bawak bekal pergi sekolah. Sama jugak la dengan saya..memang jarang makan kat kedai ni. Kebanyakkannya isteri saya yang masak. Kalau nak bawak anak pergi jalan-jalan, pak cik bawa keta kancil je..Kereta kecik ni jimat minyak..

" ikutkan en alif, gaji banyak mana pun tak cukup. kata orang lagi besar periuk, lagi besar keraknya..Yang paling penting kena kawal nafsu berbelanja la. insyaallah..rezeki Allah sentiasa ada untuk kita."

Ada benarnya cakap pak cik PRA ni. Kenaikan harga barang memang mencanak naik. Lagi-lagi lepas pilihanraya ni..Kenaikan kos hidup ni memang kita tak dapat nak elak. Seluruh dunia alami kemurungan ekonomi ni. Pak cik PRA ni mampu pakai kereta Produa Kancil sebagai pengangkutan untuk keluarganya. Bagi dia kereta kancil dah cukup memadai untuk KEPERLUAAN  dia sekeluarga. Pendek kata kalau nak senang memang kena hidup di bawah kemampuaan bukan ikut kemampuan.. ade beza tau...




Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014!!



SELAMAT TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah..dikurniakan olehNYA untuk terus bernafas serta melangkah ke tahun 2014 di bumi yang tercinta ini dengan keamanan dan kemakmuran yang tidak ternilai.

Untuk sambutan tahun baru kali ni, agak berbeza sambutannya.. Tahun ni aku tak bercadang untuk melihat bunga api mahupun countdown beramai-ramai. Lepas abis keja ( 31 Disember 2013) aku terus bergerak balik ke rumah mak abah di Felda Palong 8. Cuti tahun baru ni abiskan masa ngan mak abah pulak. Rindu nak borak-borak ngan mak n abah. Kebetulan akmal dan mimi pun cuti semester..Lama dah tak tolong mak berkebun..angkat pasu bunga..hu.hu

Rindu kat white house aku tuh..kat sinilah tempat aku dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah sampailah aku umur 17 tahun..














cuma gambar rumah Felda yang lama lupa aku letak mana.hu.hu.