Tuesday, December 11, 2018

MENAKLUKI PUNCAK GUNUNG ANGSI SEUSIA 4 TAHUN

2 Bulan yang lepas, berlaku satu ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang terletak di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ini kali ketiga aku menawan puncak gunung ni. Tapi, pendakian kali ni lain sikit. Apa yang lain? yaa..julung kali sertai oleh anak sulung aku, Aqil Rizqin yang berumur 4 tahun. Perancangan nak bawa dia dah lama, tapi banyak kali tertangguh. Namun bila ayah mertua aku dan adik ipar berhasrat untuk turut serta, bagai pucuk dicita ulam mendatang tanpa bertangguh terus  direalisasikan. Seawal jam 7.56 pgi ahad kami dah tiba di tempat pendaftaran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk urusan pendaftaran dan pembayaran permit mendaki sebanyak RM 5. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan,  Gunung Angsi ni mempunyai ketinggian 825 meter atau 2702 kaki. Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.

Pintu masuk ke Gunung Angsi dari arah Bukit Putus
Bersama Ayah Mertua

Baju hitam sado tu adik ipar

Kami memulakan pendakian pada jam 8.06 pagi. Aqil mendaki dengan penuh keterujaan sambil mulut tak berhenti mengomel." Abah tu pokok apa"? " Kenapa ulat ni besar abah"? " Kenapa rumput ni warna purple abah?" Macam wartawan buat liputan daaa..Laluan permulaan mendaki ni agak mencabar untuk yang baru pertama kali mendaki Gunung Angsi ( sudut mendaki 90 darjah). Tapi Aqil steady je. Segalanya mudah dengan adanya ayah mertua dan adik ipar aku. Paling aku risau kalau dia penat dan tak nak teruskan pendakiaan. 

Comel punggung,ha,ha

Tok Wan steady

Rehat sat

Jam 8.40 pagi, kami berhenti rehat di checkpoint pertama. Terdapat sebuah pondok lengkap dengan tempat duduk. Tapi oleh kerana ramai yang duduk kat situ, kami rehat atas tunggul kayu jela. Aku suapkan Aqil coklat cloud 9 dan air kosong untuk recharge tenaga dia. Masih lagi bersemangat walaupun muka ade letih.ha.ha. Kami teruskan lagi pendakiaan hinggalah sampai ke Wild Boar Swamp pada jam 9.38 pagi. Masa ni Aqil dah letih. Silih berganti aku dukung dia bersama-sama dengan ayah mertua dan adik ipar aku. Salute jugak aku kat ayah mertua sebab di usia 63  tahun, steady je mendaki sambil dukung Aqil. 

Muka kepenatan
start penat dah


kena paksa jalan.ha,ha

WILD BOAR SWAMP. Penat dah budak kecik tu
Steady ayah


slow2 kayuh

Alhamdulillah
Pendakian diteruskan sehinggala sampai ke PUNCAK Gunung Angsi pada jam 10.52 pagi. Di puncak, rehat puas2, makan segala jenis makanan yang kami bawa. Aqil siap melabur lagi. Cari la semak2 di tengah keramaian orang tu.ha,ha.

Kami berjaya

Tok Wan dan Aqil

Aqil yang snap gambar ni


again

Haus dah


Selepas 20 mint rehat di puncak, kami meneruskan perjalanan turun. Oleh kerana kami parking kereta di lauan masuk di Bukit Putus, maka laluan turun adalah sama dengan laluan mendaki. Satu lagi laluan mendaki/menurun adalah di Hutan Lipur Ulu Bendol. Perjalanan turun lebih mencabar daripada mendaki. Lutut kena kuat. Ada masa kami gilir-gilir dukung Aqil bila sampai ke laluan yang akan mencabar dan memerlukan bantuan orang dewasa. Perjalanan turun lagi pantas daripada naik. Kami kurang berhenti rehat. Cuma berhenti bila Aqil nak melabur je la. Paling kritikal adalah lagi 20 minit nak sampai ke kaki gunung. Aqil tertidur plak ( waktu tidur dia di taska adalah pada jam 12.30 tengahari ke atas). Dengan laluan turun menegak 90 darjah, agak mencabar turun sambil dukung Aqil. Nasib baik cuaca cantik. Kalau hujan memang laluan tu licin yang amat.








Penat dah

Tepat jam 1.15 petang kami sampai ke Starting Point Gunung Angsi. Alhamdulillah berjaya menawan puncak dan menamatkan pendakian tanpa sebarang masalah. Pengalaman baru untuk Aqil. Aku harap satu hari nanti bila dia tengok gambar-gambar dia mendaki Gunung Angsi ni akan terbit rasa bangga dalam diri dia. Jadi secara keseluruhan masa yang diambil adalah


5 jam 5 minit: Naik - 2 jam 50 minit
                       : Turun: 2 jam 15 minit

Monday, December 10, 2018

REPORT CARD DAY

Hujung tahun selain musim cuti sekolah, saat yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa adalah Hari Laporan Prestasi atau Report Card Day. Bulan lepas, aku dan iza pergi ke Tadika Aqil untuk sesi perjumpaan ibu bapa dan teacher berkenaan prestasi Aqil sepanjang 2018. Ragam Aqil hari tu adalah takut-takut dan malu. Mungkin takut kena marah dengan kami serta malu perbualan kami 100% berkisar pasal dia. Alhamdulillah feedback daripada teacher mengenai sesi pembelajaran dia sangat positif. Dari segi pergaulan dengan rakan-rakan berada dalam tahap terbaik cuma cepat touching  bila kena marah dengan teacher.ha.ha.

Cubaan menyembunyikan wajah disebalik lengan sado ibu




 Apa pun, bagi aku dan iza, tiada tekanan untuk Aqil harus cepat pandai dalam sesi pembelajaran dia di taska ni. Peringkat 4 tahun usia dia adalah usia bermain bagi kanak-kanak. Biar dia raih pengalaman (dari segi pergaulan terutamanya) sebanyak mungkin sebelum beralih ke sesi persekolahan yang sebenar. Seingat aku, diimbas masa silam aku, sejak aku prasekolah sampailah peringkat SPM, Arwah abah dan mak langsung tak pressure aku dari segi pencapaian akademik. Apa yang penting, aku ade usaha untuk memajukan diri sendiri. Arwah abah pesan jaga hubungan dengan Allah nescaya Allah akan menjaga kita. Aku harap dapat terapkan prinsip ni kat anak-anak aku.




Saturday, December 8, 2018

KONGSI RASA

4 tahun 4 bulan. Lama dah tak menulis dalam blog ni. Kewujudan pelbagai medium media sosial sejak beberapa tahun yang lepas buatkan kita banyak pilihan untuk berkongsi rasa dan simpan kenangan kehidupan dengan lebih pantas. Tapi feeling nak menulis dalam blog ni lain tau. Insyaallah..angin dah datang ni..akan rajin update la lepas ni. Pelan-pelan kayuh


Saturday, November 15, 2014

AKU, ISTERI, AQIL DAN FULL PAYING PATIENT ( FPP) PUTRAJAYA

Tanggal 27 Ogos 2014 menjadi detik terindah dalam hidup aku suami isteri. Jam 8.51 malam di Hospital Putrajaya lahirnya kedunia permata hati yang kemudiannya kami namakan sebagai Muhammad Aqil Rizqin bin Mohd Alif. Alhamdulillah selama 4 hari 3 malam urusan kami dipermudahkan olehNYA. Kat sini aku tulis sedikit catatan sebagai kenangan di kemudiaan hari.


26 Ogos 2014 ( Selasa)

Aku masih lagi berada di PWTC menghadiri  Istiadat Konvokesyen  bagi Diploma dan Anugerah Felo INTAN  ketika dihubungi isteriku, Iza yang menyatakan tanda-tanda bersalin  iaitu blood show sudah mulai turun. Nasib baik ketika itu aku otw  pulang ke Putrajaya. Sampai je kat rumah Iza suruh aku rehat dulu sebab belum ada rasa sakit lagi. So aku lepak2 dulu..Sempat tido, makan dan main game lagi. Jam 8.30 malam aku terus bawak Iza ke Wad Bersalin untuk pendaftaran. Dah bukak 2 cm rupanya masa doktor check. Keadaan di wad bersalin agak penuh. Ramai yang tak dapat wad. Mana yang baru mendaftar dipindahkan ke Hospital Serdang dan Kajang. Tapi lain bagi aku. Oleh kerana kami mengambil skim Full Paying Patient ( FPP) atau Pesakit Bayar Penuh, terus Iza di tolak ke wad eksekutif  di tingkat 5 Hospital Purajaya selepas aku selesaikan bayaran deposit RM 3000. First impression aku, di sinilah ISTIMEWANYA  kepada  sesiapa yang mengambil skim FPP.
Deposit sebelum masuk wad di bawah FPP


Wad Eksekutif 5A 

Sampai je wad, kami diberikan bilik untuk dua orang pesakit. Kami dapat bilik no 1. Tapi nurse bagitau once kosong je Single bedroom kat wad ni, Iza akan terus dipindahkan. Lega sikit hati aku yang baru nak rasa upset. Al maklumlah since aku decide amik FPP, so segalanya mestinya memuaskan hati. Dah namanya kita bayar kan. 10 minit kemudiaan nurse datang bagi tujuaan orientasi wad esekutif. Berdasarkan penerangan yang aku sempat capture, wad eksekutif ni adalah wad untuk pesakit di bawah skim FPP dan wad DiRaja. Aku diberikan pas peneman yang boleh keluar masuk sesuka hati aku..he.he. Walaupun seorang je peneman dibenarkan untuk seorang pesakit, aku tengok boleh je bawak mak mertua aku di luar waktu melawat. 


Tag nama kat katil Iza dengan nama doktor pakar yang kami pilih

Jam 12 tengah malam bermulanya saat genting bagi kami. Iza dah mula rasa contraction..Selang 10 minit, kadang-kadang selang 30 minit contraction datang. 


27 Ogos 2014 ( Rabu)

Pukul 1 pagi Iza dah tak tahan, so, aku decide untuk bawak dia kluar bilik dan berjalan di sekitar wad. Lepas berjalan dia rasa lega sikit. Sehinggalah kemuncaknya jam 8 pagi dia dah rasa sakit sangat. Iza tanya aku boleh tak kalau dia nak ambil epidural sebab contraction dah makin kerap. Aku jawab minta pandangan doktor Hamidah dulu memandangkan sekejap lagi doktor buat lawatan. Jam 8.30 pagi doktor masuk ke bilik. So doktor nasihatkan untuk ambil epidural memandangkan Iza tak dapat tahan sakit selepas doktor check bukaan. Keadaan bukaan still 2 cm masa doktor check pada waktu tersebut.

Jam 1.00 tengahari Iza di tolak masuk ke Labor Room. Epidural dimasukkan dan doktor pantau jantung bayi melalui mesin CTG. Masa ni aku rasa insaf sangat bila lihat keadaan Iza. Susah rupanya seorang ibu untuk melahirnya seorang hamba Allah ke dunia ini. Aku sentiasa berada di samping Iza sepanjang dia berada di Labor Room. Cuma keluar untuk solat dan makan tengahari je. Jam 6.00 petang bukaan naik sikit kepada 3 cm. Agak slow progress. Aku dah start rasa cemas masa tu.


Mesin CTG untuk pantau jantung bayi


Jam 8.15 malam, nurse dari wad eksekutif call aku suruh aku kemas barang sebab nak dipindahkan ke single bedroom. Alhamdulillah..dapat pun.

Abis je pindahkan barang aku bergegas balik ke labor room.  Jam 8.20 malam, doktor masuk dan terus check mesin CTG. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia.

" Encik Alif kena buat keputusan ni. Jantung baby semakin  lemah dan begitu juga dengan keadaan isteri "

Doktor tu bagi pilihan kat aku samada untuk bagi kebenaran operate/caesar ataupun terus menunggu lahir bayi secara normal. So aku tanya iza, iza serahkan kat aku untuk buat keputusan. Aku amik masa tak sampai seminit terus bagi kebenaran kepada pihak hospital untuk operate.

Iza ditolak ke operating room ( OR) dan aku bersama mak dan ayah mertua terus ke waiting room yang terletak bersebelahan dengan OR.

50 minit berikutnya, nama aku dipanggil dari OR. Nurse datang dengan bawak troli. Kat troli tu aku tengok ade seorang hamba Allah yang baru dilahirkan menggigil kesejukan.. Ha.ha aku tak caya itulah anak aku sampailah nurse cakap.

"En Alif mohon check keadaan bayi dan sign kat borang ni ye"

Masa tu tak dapat aku gambarkan perasaan aku.. Terlalu gembira aku rasa. Memang syukur sangat2 pada Allah. Yelah.Selepas 2 tahun kitaorang kawin dan 2 kali isteri aku keguguran..akhirnya inilah rezeki yang kami tunggu.

Dipendekkan cerita..Hari pertama dalam bilik 12A  ( no bilik dalam bilik eksekutif) bersama dengan  aqil dan isteri memang mengujakan. Dengan Aqil yang menangis dan baru belajar menyusu serta keadaan Iza yang tak dapat bergerak sangat, amat memberi cabaran kepada aku. Mujur mak mertua aku ada ditambah dengan staff nurse di wad eksekutif ni yang sangat2 membantu. Tekan loceng tak sampai 5 minit terus datang.


Single Bedroom yang kami dapat


Kerusi tu memang selesa

Toilet/Bilik Mandi yang selesa

Dipendekkan cerita, hari jumaat  berikutnya iaitu 29 Ogos 2014, Iza dibenarkan pulang. So total cost Skim FPP ni selama 3 hari 2 malam adalah RM 3500. Bagi aku amat berpatutan serta berbaloi dengan service yang ditawarkan dan apa yang telah kami dapat. Mungkin pakej ini jauh lebih murah daripada hospital dan klinik swasta yang kitaorang survey sebelum ni.

Ok..inilah coretan ringkas pengalaman kitaorang menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga kitaorang.

Sunday, May 18, 2014

XPDC GUNUNG ANGSI


Aku ni bukanlah seorang yang terlalu minat dengan adventurous activitiy. Tapi akan melakukan jika terlintas dalam hati aku nak buat benda tu. So, khamis lepas aku join satu ekspedisi mendaki sebuah gunung yang terletak di daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan iaitu Gunung Angsi. Ekspedisi ni anjuran agensi keselamatan di Kuala Pilah di bawah Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD). Matlamat utama ekspedisi ini adalah untuk tujuan pemantauan keselamatan laluan mendaki yang berisiko di sepanjang laluan mendaki di gunung tersebut. Pemantauan ini perlu kerana berdasarkan penerangan daripada Pejabat Perhutanan Kuala Pilah, setiap hari akan ada ekspedisi mendaki Gunung Angsi daripada pendaki di seluruh pelosok tanah air. Jadi mana-mana laluan berisiko ( pokok tumbang, tanah runtuh, semak samun) harus dipantau dan dibersihkan jika perlu.

Menunggu ketibaan pendaki lain
 Untuk fakta, berikut adalah informasi mengenai Gunung Angsi yang aku ambil dari Wikipedia.

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun,

Pendakian kitaorang hanya mengambil masa 2 jam setengah.. Bermula pada jam 9.30 pagi dan sampai ke puncak pada jam 12.00 tengahari. Cepat kan..Mana taknya..kat belakang aku semuanya abang-abang JPAM dan BOMBA yang fit-fit belaka. So kurang la masa rehat tu. Banyak rehat kena tinggal la aku jawabnya.

Mendengar taklimat sebelum mendaki



Permulaan pendakiaan






Sebenarnya ni kali kedua aku mendaki Gunung Angsi. Last aku mendaki pada tahun 2012 dalam satu program Lead Camp kelolaan INTAN bersama JPAM. Masa tu aku ambil masa 4 jam untuk sampai ke puncak. Tapi kali ni cepat pulak..he.he.Pemandangan sepanjang laluan biasa-biasa je tapi bila sampai satu checkpoint yang dinamakan Waterfall View agak berubah berbanding pendakiaan aku yang lepas. Kat checkpoint tu aku dapat tengok perubahan bandar senawang yang sangat pesat membangun. Di Checkpoint Reservoir View pulak memang cantik, dari jauh dapat tengok empangan Sungai Trip ibarat sebuah tasik


Empangan Sg Trip, Seremban dari kejauhan


Bandar Senawang yang semakin besar

Pukul 12.00 tengahari sampai kat puncak Gunung Angsi. Lega giler..Kat puncak ni aku rehat sampai pukul 1.30 petang sementara menunggu pendaki yang belum sampai. Pendakian menurun paling mencabar sebab kitaorang tak guna laluan yang sama semasa mendaki. Laluan menurun ni banyak lalu kawasan sungai. 

akhirnya sampai..



Bergambar beramai-ramai di puncak sebelum turun

Laluan menurun di Bukit Botak yang agak mencabar

Laluan menurun yang paling mencabar adalah di Bukit Botak. Nasib baik tak hujan, kalau tak, memang sukar untuk turun dengan keadaan bukit tu yang licin. Alhamdulillah, tepat jam 5 petang aku dah sampi ke bawah..Sampai je terus cari nasi dan makan sampai tak ingat dunia.Lapar beb.