Sunday, April 20, 2014

CAMAR LAUT RESORT

Camar Laut Resort, Bagan Lalang Sepang...tempat aku berkursus 16 hingga 18 April 2014 yang lepas. Resort di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini cantik tapi agak sunyi persekitarannya. Sesuai la bagi sesiapa yang nak sedikit privacy. Bagi aku memang bertepatan pihakn urusetia memilih Camar Laut sebagai tempat berkursus. Kursus yang aku pergi kali ni agak lain daripada kursus sebelumnya. Isu Perlembagaan Malaysia, Public Speaking dan Isu Semasa antara slot-slot yang ada dalam kursus ini. Paling menarik sekali satu slot daripada Prof  Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Selalunya aku tengok kat tv je, hari tu live depan mata. Bagi aku, Dr Ridhuan Tee memang terbaik dari segi lontaran idea dan pandangan-pandangan bernas beliau. 2 jam bersama beliau rasa macam kejap je aku rasa.Walaupun selalu aku baca banyak kontroversi yang melanda Dr Ridhuan Tee, tapi bila diterangkan mengenai kontroversi-kontroversi tersebut, baru aku sedar bahawa tak semestinya buruk dalam setiap kontroversi yang berlaku.





Chalet Tenggiri A

Bilik aku

Dewan Kuliah




Tuesday, April 8, 2014

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JELEBU

Diam tak diam dah hampir 3 tahun aku bertugas di daerah Jelebu ni. Daripada aku bujang sampailah aku dah berkahwin, kemudiaan pergi kursus DPA selama 6 bulan. Lepas balik DPA di tempatkan semula di Jelebu.. Panjang betul jodoh aku kat sini kan. Daerah Jelebu merupakan daerah terakhir sekali aku sampai. Walaupun aku dilahirkan di Jempol yang mana bersebelahan je dengan Jelebu, tapi betul-betul aku sampai kat jelebu adalah masa mula-mula posting kat sini awal 2011 yang lalu. Tanggapan awal aku kat Jelebu ni adalah daerah yang sunyi dan terpencil kat Negeri Sembilan. Tapi bila dah bertugas di sini, aku dapat rasakan yang Jelebu ni mempunyai tarikannya yang tersendiri. Apepun, entri aku kali ni adalah berkenaan tempat-tempat menarik yang boleh di lawati serta dijadikan sebagai produk pelancongan negara.

Sempena Tahun Melawat Malaysia yang secara rasminya bermula pada 5 Januari 2014, aku nak senaraikan tempat yang menarik yang boleh di lawati di daerah Jelebu. Daerah Jelebu bukanlah satu daerah yang ekonominya tertumpu kepada industri tetapi lebih terarah kepada aktiviti pertanian. Oleh yang demikian konsep pelancongan yang boleh di temui di Jelebu adalah eko pelancongan iaitu pelancongan berasaskan alam semulajadi. Di bawah ini adalah tempat yang menarik boleh anda lawati sekiranya Jelebu menjadi pilihan anda.

1. Makam Moyang Salleh
    


Kurang lengkap lawatan anda ke Jelebu tanpa mengunjungi Makam Moyang Salleh. Aku letakkan sebagai tempat pertama yang anda harus lawati kerna sekiranya anda berhasrat untuk mengetahui sejarah awal daerah Jelebu, maklumat di makam ini boleh dijadikan panduan. Sini adalah serba sedikit sejarah Moyang Salleh.

Moyang Salleh adalah Penghulu ke-3 bagi Jelebu, selepas To' Gombak (dari Pagarruyong) dan To' Mentunggang ketika di bawah pemerintahannyalah berlakunya pembunuhan Siamat, anak Orang Kaya Kechil Rembau. Siamat dibunuh dalam tahun 1957 atas arahan Sultan Johor, apabila Orang Kechil Rembau enggan mengahwinkan anaknya Sri Banun dengan baginda Sultan.

Untuk mengelakkan nasib yang sama, Moyang Salleh bersama-sama 4 orang kuatnya, telah datang ke Johor untuk menunjukkan protes terhadap pembunuhan itu. Ketibaan mereka tidak dipedulikan, dan kerana itu mereka telah memutuskan untuk menunjukkan kehebatan mereka bagi menarik perhatian Sultan.

Selama 7 hari 7 malam hujan turun tidak berhenti-henti namun kerana kuasa ajaib Moyang Salleh, tidak setitik pun dari air hujan itu gugur di atas tubuh kelima-lima sahabat ini. Selepas menyaksikan keajaiban itu, Sultan membenarkan mereka berkhemah di beranda istana, namun baginda masih tidak menghiraukan kewujudan mereka. Kelima-lima sahabat ini meneruskan demonstrasi kebolehan mereka, antaranya menggoyangkan pokok kelapa yang tinggi dan kukuh, menggoncang istana, dan mengeluarkan asap dan api dari mulut.

Kagum dengan kebolehan mereka ini, Sultan akhirnya mula memberi perhatian kepada mereka. Hasil perbincangan, akhirnya Moyang Salleh diberikan hak terhadap Jelebu dan membawa pangkat Dato' Mandulika Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Secara tidak langsung, terpisahlah Jelebu daripada Johor. Peristiwa ini disebut dalam sejarah sebagai “pembebasan daripada kuasa pegangan Kesultanan Johor”. ( mdj)


2. Masjid Kampung  Dulang




Gambar atas adalah Masjid Kg Dulang yang lama dan yang baru adalah masjid yang ada pada masa sekarang. Masjid ini juga boleh menjadi lokasi pilihan tempat menarik untuk di lawati di Jelebu. Apa yang istimewanya masjid ini? Nampak macam biasa bukan? Tapi untuk pengetahuaan anda, masjid ini merupakan masjid yang tertua di daerah ini. Dibina pada abad ke 16 oleh Dato Nika dan Mudim Khatib Raja iaitu orang muslim dari Minangkabau. Masjid ini dikatakan mendapat nama sempena peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini  dimana terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semuah jemaah. Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui sehinggalah dulang tersebut ghaib secara tiba-tiba. Masjid yang pada mulanya dibina tanpa menggunakan paku ini juga masih mengekallkan reka bentuk asalnya walaupun terdapat beberapa penambahbaikan.  Untuk peminat sejarah, bolehlah berkunjung ke lokasi ini.


3. Jeram Toi




Lokasi seterusnya adalah Hutan Lipur Jeram Toi. Diletakkan di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah, Lokasi Jeram Toi paling mudah untuk ditemui. Sekiranya anda dari Seremban, perjalanan anda akan melalui bukit tangga, dipenghujung bukit tangga anda akan nampak signboard dikiri jalan yang tertera Hutan Lipur Jeram Toi. Perjalanan dari Seremban memakan masa lebih kurang 30 minit ke lokasi berkenaan. Jeram Toi telah ditemui semasa pemerintahan British dalam tahun 1895. Asal namanya diambilsempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak Orang Asli yang menghuni hutan ini suatu masa dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi seorang pemimpin yang bijaksana hingga berjaya mengalahkan sekumpulan Orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah Perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi. Apa yang menariknya Jeram Toi ini? keistimewaan lokasi ini ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga Tempat ini dahulunya tidak sesuai untuk aktiviti mandi mada, tapi selepas pihak pengurusan membuat kepungan, jadilah ia seperti kolam yang sesuai untuk aktiviti tersebut seperti yang anda lihat pada gambar di atas. Maklumat lebih lanjut boleh hubungi Pejabat Hutan Daerah di talian 06-765 9849


4. Hutan Lipur Lata Kijang



Sekiranya anda mahu pengalaman yang lebih mencabar, Hutan Lipur Lata Kijang boleh dimasukkan dalam senarai lokasi wajib dilawat. Untuk info, Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha. Terletak 48 km dari pekan Kuala Klawang dan 78 km dari Seremban, tarikan utama lokasi ini adalah air terjun setinggi 80 meter yang merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan. Juga diletakkan dibawah seliaan  Pejabat Hutan Daerah, produk pelancongan ini menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang serta dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Amat sesuai bagi pencinta alam dan para penyelidik berikutan keunikan Hutan Lipur ini  adalah dari sudut spesies tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain.



5. Titi Eco Farm



Titi Eco Farm Resort juga menarik untuk dikunjungi dengan konsep yang diketengahkan adalah dusun dan tanaman herba.Ladang seluas 30 hektar ini di miliki oleh penduduk tempatan iaitu They Chan dan Lim Mok Lai, ladang berciri alam sekitar ini mempunyai rumah panjang dan ‘chalet’ berkembar yang boleh menampung hingga 100 orang serta dewan serba guna untuk pelbagai aktiviti. Antara produk-produk yang ditawarkan kepada pengunjung adalah tanaman sayuran organik, dusun buahan, taman herba, kolam ikan dan pusat rekreasi. Pelbagai makanan organik turut disediakan, malah pelancong boleh mengikuti aktiviti yang menyihatkan seperti mandian herba, memasak makanan gaya sihat dan bersantai dalam suasana nyaman jauh dari hiruk-pikuk di bandar. Alamat lokasi ini adalah:

Lot 1706, 1708, 1203, 1349, 1916 Sungai Rotan, Glami Lemi, 71650 Jelebu.


Ini antara produk-produk pelancongan yang ditawarkan di daerah Jelebu. Ada banyak lagi sebenarnya. Nanti ada masa aku akan senaraikan lagi. Sementara itu, kepada yang belum mengenali Jelebu, mengunjungi lokasi-lokasi menarik ini boleh membantu anda untuk memahaminya.

TUKAR TIMING BELT

Semalam adalah hari untuk kereta aku. Yaa..masa untuk menukar Timing Belt sudah tiba..Usia kereta Proton Persona aku dah masuk 4 tahun 3 bulan. Ini kali kedua aku tukar timing belt. Milleage kereta aku dah nak masuk 160 ribu km. Jauh kan aku jalan. Timing belt ni ibarat rangkaian jantung kalau pada manusia. Putus timing belt ni memang bagi implikasi besar pada kerosakan enjin kereta. Aku tak nak amik risiko tu.Daripada kena beribu-ribu, baik aku spend sikit untuk ganti timing belt tu. So semalam aku hantar kereta aku ke sebuah bengkel di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Bengkel ni biasa aku pegi..Servis diorang memang pantas. 1 jam je masa diperlukan untuk tukar set timing bel dan belting kat luar tu. Aku hantar kereta pukul 10 pagi dan selesai sejam berikutnya. So kos aku ganti timing belt dan sekali dengan plug( plug agak hitam) adalah seperti dibawah:


Set Timing Belt ( oil seal, bearing belt) = RM 276
Fan Belt = RM 85
Plug = RM 49

Kos Keseluruhan RM 410











Saturday, March 29, 2014

TATACARA SOLAT SUNAT TASBIH


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

.
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas binMuththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.

Caranya;

.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-’a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk - 10 kali tasbih
    • Iktidal - 10 kali tasbih
    • Sujud pertama - 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
    • Sujud kedua - 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;





Wednesday, March 26, 2014

SEMUANYA PERTAMA KALI




Masa aku belek-belek folder gambar time aku diploma di UiTM dulu ( sekitar 2004-2007) kat komputer aku, maka ternampaklah satu gambar yang aku rasa amat bermakna..Muda tak muka aku kat atas ni? Ho.ho. Masa ni umur aku 19 tahun ( 2005). Untuk makluman jugak, gambar kat atas inilah merupakan gambar first yang aku dan awek aku ketika itu ( sekarang dah jadi isteri dah.). Masa ni baru beberapa bulan kitaorang couple..Ade cerita di sebalik gambar ni. Masa tu kitaorang pergi dating kat Terminal One Seremban. First dating kitaorng memang janggal giler aku rasa.Masing-masing diam..Time makan memang tak bercakap langsung.. Malu la kununnyer.. Lepas makan kitaorang dulu kat kerusi yang diletakkan di ruang legar pejalan kaki. Beberapa minit kitaorang duduk, datanglah seorang brader ni lalu berkata 

" maaf dik, kerusi ni untuk dijual" (sambil tangannya menunjukkan kedai perabot di depan kami)

Ceh.. rupanya kitaorng duduk kat depan kedai perabot..Macm mana la tak perasan..ha,ha.

Masa tu ramai orang disekeliling kami..Dek kerana malu punya pasal..aku dan bini aku pun buat muka selamba amik gambar dulu sebelum kitaorang blah dari tempat tu..Nak berlagak tenang kot..he.he

Jadi terhasilah gambar tersebut yang diambil dengan menggunakan Handphone Nokia 3200 

Nokia 3200 ( Tahun 2005 dengan harga aku beli RM 500)


So, gambar pertama kitaorang dah berusia hampir 9 tahun dah..Memang betul kata orang, benda yang pertama kali akan dikenang sampi bila-bila...




Tuesday, March 25, 2014

HARI POLIS JELEBU

Hari ni telah berlangsung Sambutan Hari Polis ke 207 yang berlangsung di Perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Jelebu, Negeri Sembilan. Tahun ni aku dapat surat jemputan seminggu awal, jadi 25 Mac 2014 ni jadi keutamaan aku untuk hadir ke majlis tersebut.  Pukul 8.00 pagi aku bergerak ke majlis tersebut bersama dengan ADO Jelebu, Fadhli Alias yang hadir sebagai wakil Pegawai Daerah Jelebu. Dengan tema sambutan yang dikekalkan seperti tahun sebelumnya iaitu  KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KAM, majlis dimulakan dengan kawalan hormat daripada Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Setapa bin Yusof  dan diakhiri dengan penyampaian surat penghargaan kepada anggota Polis, kakitangan awam dan orang perseorangan. Dengan usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masuk ke 207 tahun, tidak hairanlah mengapa pasukan Polis Malaysia dikenali sebagai antara yang tercekap di Dunia. Apepun syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak polis dan sekalung penghargaan atas jasa dan pengorbanan anggota Polis dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita. Hayati lirik lagu polis sedia berkhidmat ini..

Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan preman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan preman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat





OCPD DSP SETAPA BIN YUSOF













Tali Gantung Pesalah ( hanya dipakai untuk 3 kali sahaja)


Pameran dari Jabatan Penjara Jelebu






Pejabat Kesihatan turut mengambil bahagian

Saturday, March 22, 2014

KLINIK KERAJAAN SLOW?

Pagi semalam aku temankan isteri ke sebuah klinik kesihatan kerajaan untuk pemeriksaan kesihatan. Pukul 8 pagi kitaorang sampai kat klinik tu dan terus daftar. Agak lenggang pagi tu. Ade la lebih kurang 6 orang yang menunggu giliran untuk check up. Lega sikit aku sebab tak ramai orang yang menunggu maksudnya ada harapan nak selesaikan awal. Tapi tungu punya tunggu...sampai pukul 11 pagi baru selesai urusan kitaorang.. Bayangkan 6 orang pesakit mengambil masa selama 3 jam untuk pihak klinik melayan pelanggan..Klinik tu slow atau memang macam tu diorang punya SOP? AKU PUN TAK PASTI. yang ketaranya ada 10 orang nurse kat klinik tu..Boleh ke kita salahkan service kat klinik kerajaan atau kita kena bersikap lebih sabar dan tenang?