Monday, March 10, 2014

PRAY FOR MH370



Moga dipermudahkan usaha operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

PENGAGIHAN AIR DI LOJI GEMAS

Hari sabtu lalu, 8 Mac 2014, aku bergegas ke Loji Rawatan Air Gemas untuk melihat proses pengagihan air ke kawasan terputus bekalan air iaitu di sebahagian Gemas dan gugusan Felda Palong 1 hingga Palong 16. Proses Pengagihan air ini melibatkan 46 buah lori tangki daripada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), agensi kerajaan dan pihak swasta. Boleh dikatakan cuaca kering yang melanda Malaysia sejak Januari lalu memberi implikasi besar kepada sumber air negara terutamanya penyusutan paras empangan-empangan yang membawa kepada catuan air di beberapa kawasan. Proses pengagihan air di Loji Rawatan Air Gemas ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan perasmiaan oleh ADUN Gemas YB Abd Razak Bin Ab Said. Operasi penghantaran air ke kawasan terjejas ini akan berakhir pada jam 11.00 malam.Musim kemarau di Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai bencana yang meresahkan ramai pihak namun usaha kerajaan yang bertindak pantas dalam menangani krisis ini wajar di beri pujiaan



Menunggu untuk proses pendaftaran

Pendaftaran lori-lori  untuk operasi pengagihan air



Taklimat daripada Pengurus Operasi kepada Pemandu lori

Stesen TV Al Hijrah dan TV 3 menemuramah ADUN Gemas

Penyaluran air ke lori bermula

Add caption


Thursday, March 6, 2014

Program Pelepasan Benih Ikan

Hari ni telah berlangsung Program Pelepasan Benih Ikan di Perairan Umum Empangan Jelebu. Dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Perikanan Daerah Jelebu, program ini mendapat kerjasama daripada Institut Penyelidikan Ikan Air Tawar ( FRI) Malaysia yang terletak di Glami Lemi juga di daerah Jelebu.  Program pelepasan benih ikan ini bertujuaan untuk menambah stok ikan-ikan di perairan umum dan seterusnya membekalkan sumber protein serta pendapatan penduduk setempat. Aku di jemput oleh pejabat ini untuk turut serta melepaskan anak-anak ikan yang berjumlah 70 ribu kesemuanya.


Empangan umum Jelebu ( air sungai ni memang jernih)






CADO, En Raja tengah melepaskan benih ikan


bersama Amin ( Staf Pejabat Perikanan Jelebu)

Melawat Kebun getah

Sabtu lepas aku balik kampung aku kat Felda Palong 8 Gemas, Negeri Sembilan. Lebih kurang 2 minggu aku tak balik. Balik kali ni aku ajak mak dan abah tengok kebun. Last aku pergi kebun getah masa tanam anak pokok. Teringin pulak nak tengok perkembangan proses tanam semula pokok-pokok getah kat kebun tu. Abah kata lagi 2 tahun pokok-pokok getah tu dah boleh ditoreh. So pagi tu jam 7.30 pagi aku terus ke kebun. Tugas hari ni buang tunas kat pokok yang tengah mencanak naik. Tunas ni perlu dibuang untuk pastikan pokok naik dengan cantik dan tidak bercabang sehingga menggangu pokok disebelahnya.



Motor lama aku.. Motor nilah aku guna time belaja kat UiTM dulu


Pokok2 yang sedang membesar


Aku sedang membuang tunas

Ayah aku yang bertindak sebagai mandor

Mak aku tengah tunjukkan aku ulam-ulam yang tubuh liar

Lega rasanya tengok proses tanam semula pokok di kebun getah mak dan ayah aku ni berjalan lancar.

Wednesday, March 5, 2014

DIY: PELAMPUNG TANGKI AIR ROSAK

Sebenarnya pelampung tangki air rumah sewa aku ni dah lama rosak. Sejak aku masuk rumah ni ( januari 2012), air memang dah overflow kat tangki tu. Masalahnya bila aku call tuan rumah suruh betulkan, acuh tak acuh je jawapan yang aku dapat. Lama menanti, aku tak tahan dah..last2 aku cakap dengan dia biar aku sendiri yang repair dan kos baiki aku tolak kat sewa rumah..Nasib dia setuju tanpa banyak soal. Lalu hujung minggu tu bermula operasi membaiki pelampung tangki air.


Nilah rupa tangki rumah aku

Keadaan dalam tangki yang berkarat

Pelampung tangki yang rosak

Karat seh..

Peralatan yang aku gunakan 

Aku start pukul 8.30 pagi..Perkara yang mula-mula sekali aku buat adalah buka skru pelampung. Ya Rabbi..ketat giler..Tapi dapat jugak la bukak guna perengkuh paip ( yang warna biru kat gambar atas ni). Selesai bukak, sesi cuci tangki pulak. Tangki air ni aku rasa tak pernah cuci la sejak rumah ni dibina. Karat semacam aku tengok. Ambil masa jugpagak la aku nak cuci ni. Guna span n dan berus je.. Akhirnya operasi DIY tangki air aku ni siap dalam pukul 11.30 pagi. So..tangki air aku dapat beroperasi seperti biasa dan air pun dah tak overflow lagi.Alhamdulillah. Kos keseluruhan adalah sebanyak RM 30. Jimat kan kalau kita buat sendiri.

Thursday, January 2, 2014

SUKAR HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN?

Tertarik dengan satu artikel ni..:



menarik arikel di atas untuk dibaca dan dibuat gambaran betapa kenaikan kos sara hidup di Malaysia yang semakin naik kebelakangan ini betul-betul menekan masyarakat kita. Memang agak terasa la..apetah lagi aku yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari dengan jarak 100 km. Peruntukan untuk kos minyak memang terpaksa dilebihkan setiap bulan.

Tapi bila tadi aku borak-borak dengan seorang staff di sebuah jabatan kerajaan di daerah Jelebu, aku rasa gaji kecik atau besar bukan ukuran sebenarnya. Tapi cara hidup kita berbelanja memainkan peranan yang sangat penting. Untuk makluman staff tu merupakan Pekerja Rendah Awam ( PRA Gred R1) yang berkhidmat hampir 31 tahun dalam kerajaan. Ini antara yang sempat aku capture..


" Dulu kan en alif gaji saya RM 300 je masa awal-awal masuk kerja.. Lepas tu naik la sikit beberapa tahun  lepas tu jadi RM 650..( Pak cik PRA). Tapi rasa cukup je sebab saya hidup dengan gaya orang gaji RM 650. Pergi keja naik moto, rokok tak isap, baju sekolah anak-anak isteri saya yang buatkan ( pak cik ni  ramai anak perempuan). Kelengkapan sekolah pulak beli setahun sekali. Anak-anak saya pulak bawak bekal pergi sekolah. Sama jugak la dengan saya..memang jarang makan kat kedai ni. Kebanyakkannya isteri saya yang masak. Kalau nak bawak anak pergi jalan-jalan, pak cik bawa keta kancil je..Kereta kecik ni jimat minyak..

" ikutkan en alif, gaji banyak mana pun tak cukup. kata orang lagi besar periuk, lagi besar keraknya..Yang paling penting kena kawal nafsu berbelanja la. insyaallah..rezeki Allah sentiasa ada untuk kita."

Ada benarnya cakap pak cik PRA ni. Kenaikan harga barang memang mencanak naik. Lagi-lagi lepas pilihanraya ni..Kenaikan kos hidup ni memang kita tak dapat nak elak. Seluruh dunia alami kemurungan ekonomi ni. Pak cik PRA ni mampu pakai kereta Produa Kancil sebagai pengangkutan untuk keluarganya. Bagi dia kereta kancil dah cukup memadai untuk KEPERLUAAN  dia sekeluarga. Pendek kata kalau nak senang memang kena hidup di bawah kemampuaan bukan ikut kemampuan.. ade beza tau...




Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014!!



SELAMAT TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah..dikurniakan olehNYA untuk terus bernafas serta melangkah ke tahun 2014 di bumi yang tercinta ini dengan keamanan dan kemakmuran yang tidak ternilai.

Untuk sambutan tahun baru kali ni, agak berbeza sambutannya.. Tahun ni aku tak bercadang untuk melihat bunga api mahupun countdown beramai-ramai. Lepas abis keja ( 31 Disember 2013) aku terus bergerak balik ke rumah mak abah di Felda Palong 8. Cuti tahun baru ni abiskan masa ngan mak abah pulak. Rindu nak borak-borak ngan mak n abah. Kebetulan akmal dan mimi pun cuti semester..Lama dah tak tolong mak berkebun..angkat pasu bunga..hu.hu

Rindu kat white house aku tuh..kat sinilah tempat aku dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah sampailah aku umur 17 tahun..














cuma gambar rumah Felda yang lama lupa aku letak mana.hu.hu.