Saturday, November 2, 2013

TANDA PUTERA-AIR MATA SEORANG PERWIRA



Entri  aku pada kali ini menyentuh berkenaan filem yang mencetuskan kontroversi. Filem yang ditangguhkan tayangannya berikutan beberapa isu yang timbul. Aku tidak mahu berbicara lanjut mengenai filem ini. Kontroversi pun sudah selesai. Tanda Putera yang aku ingin kongsikan di sini adalah mengenai Penganjuran Majlis Pratonton yang aku terlibat sama pelaksanaannya. Ya..aku terlibat sebagai sebahagian daripada AJK majlis ini  dengan dilantik sebagai Ketua AJK Keselamatan. Majlis Pratonton Filem Tanda Putera dibuat pada 22 Ogos 2013 oleh peserta Diploma Pengurusan Awam  ( DPA) siri 1/2013 bertempat di Intan Wilayah Timur ( INTIM). Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu perancangan di bawah Exco Perpaduaan peserta DPA yang mana pengisiaanya bukan hanya tertumpu kepada tayangan semata-mata tetapi disertai dengan forum daripada panel-panel yang terdiri daripada Tan Sri Musa Hassan ( Bekas Ketua Polis Negara ), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam ( Tokoh Sejarah ) dan Datin Paduka Shuhaimi Baba ( Pengarah Filem Tanda Putera). Kesemua panel ini menjadi pengulas dan menerangkan segala isu-isu mengenai filem  termasuklah isu 13 Mei 1969, isu tangguhan penayangan dan isu sejarah mengenai filem ini. Ops lupa pulak nak terangkan sinopsis filem ini..

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakitleukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri. ( WIKIPEDIA)

Bersama AJK Keselamatan sebelum tayangan bermula
Pintu masuk ke dewan

me and wahab
AJK Keselamatan bersama Project Manager, Christine Tan ( Baju Pink)

Rasa teruja menjadi sebahagiaan jawatankuasa program ini kerana kami di INTIM dapat menyaksikan tayangan Tanda Putera ini beberapa hari lebih awal sebelum tayangan-tayangan di pawagam seluruh negara.  He.he. Terima kasih kepada pengarah filem itu sendiri yang bersetuju membenarkan filemnya di tayang secara tertutup kepada peserta DPA.  Semasa Tanda Putera ditayangkan, aku lihat ramai yang menangis termasuklah aku sendiri.He,he. Sejujurnya inilah filem yang berjaya membuat aku menangis buat kali pertamanya saat menonton filem di pawagam. Tidak kusangka bahawa Tun Abdul Razak terlalu banyak berkorban bagi membangunkan Malaysia.

Panel ( dari kiri, Prof Dr Ramlah Adam, Tan Sri Musa Hassan, Shuhaimi Baba dan Moderator hasif)


Selesai tayangan, sesi penerangan mengambil tempat. Kami menjemput panel-panel yang disebutkan di atas untuk mengupas mengenai perjalanan dan isu mengenai filem tersebut. Prof Dr Ramlah Adam mengupas mengenai sejarah 13 Mei 1969, Tan Sri Hassan mengenai keselamatan, undang-undang darurat dan kepolisian. Sementara pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengulas mengenai kekangan serta halangan yang dihadapi oleh beliau saat mengarahkan filem berkenaan. Ternyata sesi bersama panel-panel ini mendapat pujian ramai terutama daripada pihak wartawan yang hadir.

Penganjuran Pratonton Filem Tanda Putera oleh Peserta DPA sangat bermanfaat dan memberi impak yang mendalam dalam diri kami. DPA berjaya mentransformasi minda peserta DPA termasuklah aku.

Friday, November 1, 2013

MODUL POLIS-DPA BIL 1/2013

Entri kali ini berkisar mengenai Modul Polis yang terdapat dalam kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Modul ini telah dilaksanakan pada 8 Jun 2013-14 Jun 2013 bertempat di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur. Modul ini antara yang paling aku ingati berikutan inilah modul luar pertama yang aku jalani dalam DPA.
Sedang menunggu Bas INTAN bersama teman rapat, wahab
Perjalanan kami bermula di Intan Wilayah Timur (INTIM) Kemaman. Tepat jam 9.00 pagi bas yang membawa kami bertolak ke Maktab PDRM Cheras. Kami selamat sampai di maktab tersebut pada jam 1.00 petang. Memang sesuai sangat. Sampai-sampai je kami disambut oleh Tuan DSP Ooi  dan dibawa ke dewan makan untuk makan tengahari. Selesai makan tengahari, taklimat pentadbiran yang disampaikan oleh DSP Ooi mengenai perjalanan modul kami ini.

DSP Ooi sedang menyampaikan taklimat

Selesai urusan pentadbiran, kami terus dibawa ke dewan untuk mengambil pakaian seragam polis. Ada 3 pakaian yang harus dipakai dalam modul ini iaitu pakaian seragam biru, putih dan pakaian polis hijau. Ketiga-tiga jenis pakaian ini harus dipakai pada sesi yang berbeza.

Dipakai untuk ke kelas dan berkawad
Pakaian untuk latihan menembak dan jasmani

Pakaian untuk ujian menembak di lapang sasar

Hari pertama modul polis banyak berkisar tentang aspek pengenalan unit-unit dan bahagian yang ada dalam PDRM. Perasaan bangga timbul taktala melihat pencapaian-pencapaian polis kita dalam membanteras jenayah. Tidak hairanlah Polis DiRaja Malaysia merupakan antara yang paling cekap di dunia. Hari keduanya agak lasak sikit. Belajar kawad kaki. Rasanya kali terakhir aku berkawad adalah semasa di  tahun pertama di UiTM dahulu. Rasa kekok dan keras sikit pada mulanya. Tapi bila dapat rentak, seronok pulak berkawad ni.


Aku ( kanan sekali) ketika latihan kawad
melepaskan penat selepas latihan kawad
Water Canon- kenderaan utama dalam menyuraikan perhimpunan haram
Hari yang berikutnya rutin tetap sama. Kelas, kawad, kelas dan kawad. Tapi yang bila hari kedua sebelum modul polis ini berakhir, slot yang sangat menarik iaitu pengenalan kepada Pasukan Simpanan Persekutuaan (FRU). Slot ni best kerana ada pertunjukkan khas daripada mereka. Bila mendengar taklimat daripada FRU ini, baru ku tahu walaupun pada zahirnya tugas mereka nampak mudah ( meleraikan perhimpunan haram) nama hakikatnya tugas mereka sememangnya amat berat dan memerlukan tuntutan fizikal yang tinggi

Kawad formasi FRU semasa menghadapi perhimpunan haram

Bersama anggota FRU
Bersama anggota FRU wanita ( kagum-kagum, wanita pun ada dalam FRU ni)

14 Jun 2013. Hari terakhir modul Polis di Maktab PDRM Cheras sangat menarik untuk dikenang. Ujian menembak di Kompleks  Lapang Sasar Bridged Tengah, PGA Cheras. Walaupun biasa menembak semasa di MKN , tapi kali ni gugup sikit. Berterabur sasaran. Hu.Hu..

Di hadapan Kompleks Lapang Sasar Bridged Tengah PGA

Semasa ujian menembak

Alhamdulillah..tamat dengan jayanya Modul Polis di Maktab PDRM Cheras. Modul ini sangat bermanfaat untuk dijalani. Selama seminnggu aku berada di maktab ini, pelbagai jenis ilmu mengenai bidang kepolisian dapat aku ceduk. Momen ini akan terus aku kenang sampai bila-bila. Insyaallah.



Saturday, October 26, 2013

KU KEMBALI

Setahun 6 bulan aku tidak menulis blog. Sepanjang tempoh ini, banyak saat yang aku lepaskan. Aku tidak merakamkan saat aku berkahwin, berbulan madu, hampir mememiliki cahaya mata, mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam selama 6 bulan dan banyak lagi yang aku rasa terlalu ralat kerna tidak dapat kucoretkan di sini. Aku titipkan di sini rangkuman momen yang di lepaskan...

Majlis Akad Nikah di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya 25 Februari 2012


Majlis Persandingan Pada Hari yang sama di Kompleks Kejiranan Presint 9

Tanggal 25 Februari 2012 telah menghalalkan perhubungan aku dan  insan yang telah kukenal selama 9 tahun, Nur Iza Binti Ismail. Alhamdulillah segalanya telah selamat. Ku harap  agar hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Rasanya cukup dulu setakat ini. Coretan sebagai pemanas badan setelah lama tidak ke 
dunia blogging. Insyaallah selepas ini akan dipastikan akan ada coretan untuk dikongsikan



Wednesday, April 25, 2012

DiGarhayu FELDAKU



FELDA atau dalam bahasa panjangnya Federal Land Development Authority merupakan satu rancangan penempatan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 1960-an. Sebelum ni, masyarakat FELDA mengenali nama FELDA dengan nama LKTP atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. LKTP juga disebut dengan secara nakal oleh para peneroka Felda terutama dikawasan Felda tempatku dengan  istilah Langkah Kerajaan Tipu Peneroka apabila pihak pengurusan Felda  terkhilaf dalam menguruskan kebajikan para peneroka. Walau apapun gelaran yang diberi, peranan dan jasa Felda tidak boleh kita nafikan dan nyahkan begitu sahaja ibarat kacang lupakan kulit ataupun sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. FELDA ibarat kapal yang membawa semakin banyak muatan didalamnya. Muatan yang semakin bertambah dari hari kehari.Muatan baik dari bentuk insan mahupun pembangunan. Jadi tidak adil untuk terus menerus menyalahkan pihak Felda sekiranya terkhilaf menguruskan hal-hal sakit pening para peneroka. Ingatlah Felda bukan dibina dengan omongan kosong tetapi atas dasar kepintaran pemimpin terdahulu yang mahukan bangsanya berdiri atas kakinya sendiri.

Tuesday, April 5, 2011

Belajar Benda Baru

Salam...
Perolehan..ape tu..satu perkataan yang asing kurasakan sebelum ini. Namun setelah aku bertugas di Seksyen Perolehan Majlis keselamatan Negara Putrajaya, segalanya terjawab sudah. Perolehan dalam konteks Perbendaharaan Malaysia boleh didefinasikan sebagai membeli atau memperolehi bekalan, perkhidmatan dan kerja oleh Kerajaan Malaysia terhadap kumpulan kontraktor/agensi perniagaan. Berat rupanya kerja aku ni.Berat dalam konteks bagaimana untuk menangani cabaran luar dan dalam. Cabaran luar khususnya perlu di tangani secekap dan sebijak yang mungkin. Baru 3 bulan aku bertugas di seksyen ini, macam-macam karenah orang luar yakni kontraktor aku temui. Setakat dihadiahkan kalendar sudah menjadi perkara biasa kurasakan.Bersepah kalendar kt meja aku ni. Tapi jauh disudut hati aku, bekerja disini ( seksyen perolehan) bukan merupakan jiwa aku..he.he.Pengiraan matematik dan penyediaan spesifikasi dalam bidang perolehan merupakan perkara yang asing dan kadang kala memeningkan aku.Jauh disudut hati aku menginginkan kerja yang berjumpa dengan orang kampung, melihat kerenah anak desa dan pendek kata suasana kampung la.Tapi..tak semua benda yang kita inginkan akan dapatkan.Kadangkal kita perlu belajar bersyukur dan menerima apa yang di berikan kepada kita tanpa banyak rungutan dan sungutan.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya kan. So, by right, just focus on my job and career and enjoy my life here.

Monday, April 4, 2011

Pantasnya Masa Berlalu

Masuk hari ini, sudah hampir 3 bulan lebih aku menjadi warga Putrajaya..huh..CABARAN yang hebat kurasakan. Segalanya perlu ku lakukan dengan sendir yakni berdikari.Dari sarapan pagi hinggalah Makan malam, no masakan mak ye..hu.hu. kalau sebelum ni selama setahun lebih aku dihidangkan dengan sarapan pagi ibu tercinta dan makan malam yang lazat menunggu ku taktala pulang dari kerja ( Pejabat Tanah Jempol), kini segalanya berubah..Hidup sendiriaan di Putrajaya amat mencabar jiwaku..Sarapan pagi di pejabat,,makan tengahari di Alamanda or Bangi dan makan malam masak sendiri..Ditambah dengan my soul, dipostingkan di Jempol..so bertambah sunyi la aku di sini. Apepun..ini adalah lumrah hidup.cabaran dimana-mana, yang penting, how to enjoy your life..Walaubagaimanapun, Putrajaya mematangkan fikiran ku, mengajar erti kerja secara profesional dan..yang pling penting, cara bagaimana untuk mengawal emosi taktala berhadapan dengan bos yang besar-besar.

Thursday, December 2, 2010

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah. Itulah Kalimah suci yang terbit dibibirku taktala menerima perkabaran gembira dari ibuku. Sudah hampir sebulan lebih aku menunggu surat tawaran dan arahan melapor diri.akhirnya hari ini ( 2 Disember 2010) surat keramat itu akhirnya muncul di teratak indahku di Palong.Alhamdulillah..Bermula 20 Disember 2010 aku bakal menjadi seorang Pegawai tadbir dan diplomatik..Terima Kasih ya Allah..Terima kasih mak, abah, adik beradikku..Kalian menjadi penguat kepada semangatku.. Putrajaya...nantikan aku 20 hb ni ya...